Produk terbaharu Luxury Cappucino Premium Blend keluaran syarikat bumiputera Harqis Empire Sdn. Bhd walaupun baru sahaja dilancarkan baru-baru ini namun sedang hangat diperkatakan dikalangan penggunanya.
Walaupun dunia berdepan cabaran sukar semenjak penularan Covid-19 meskipun dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan beberapa aktiviti ekonomi lumpuh, ramai usahawan baharu melihat keadaan ini sebagai satu peluang untuk memulakan bisnes dan meneroka strategi baharu bagi kelangsungan hidup.
Fenomena berlakunya segmen pasaran baharu khususnya di Malaysia melalui penerapan e-dagang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga meningkat sehingga 28.9 peratus semenjak tahun 2020.

Menyedari peluang ini, seiring dengan usia pandemik Covid-19, Harqis Empire Sdn. Bhd yang turut ditubuhkan pada 25 Jun 2019 dengan kewujudan produk pertama iaitu XS Perfect Lotion pada Ogos 2020 kini terus berkembang dan terus melebarkan sayap empayarnya.
“Dari lotion kemudian ke produk minuman, XS Perfect Drinks Mocha dan Latte berfungsi sebagai bahan tambahan yang membantu penurunan berat badan secara cepat dan berkesan,” jelas Pengasas Harqis Empire Sdn. Bhd. Nur Saidatul Akma.
Terbaharu pada 8 Januari 2022 bersama Ketua Pegawai Operasi Harqis Empire Sdn Bhd, Muhammad Aswadi Abdul Wahap telah menganjurkan satu Majlis Malam Penghargaan Harqis Empire 2021 bagi meraikan Kecemerlangan Top Leader, Wakil Jualan dan Stokis di Hotel Marriot, Putrajaya.

Majlis gilang gemilang bertemakan ‘Prom Night’ yang diacarakan oleh Selebriti, Nana Mahazan turut menyaksikan pelancaran tiga produk baharu iaitu Luxury Cappucino Premium Blend, Strawberry Milshake dan Chocolate Milkshake.
Peningkatan pencapaian jualan luar biasa melebihi 2 kali ganda jumlah keseluruhan pada tahun 2020, RM20 Juta kini mencecah RM40 Juta bagi tahun 2021 bersesuaian dengan penganugerahan The BrandLaureate SMEs BestBrands e-Branding (Emerging SMEs) Awards 2021!
Menurut beliau, produk terbaharu ini dihasilkan melalui penambahbaikan dan kelainan selain membantu pengguna mengawal dan mengurangkan berat badan sekaligus memberi tenaga tambahan luaran serta dalaman khususnya bagi hubungan rumahtangga yang lebih akrab dan harmoni,” ujar Encik Aswadi.

Keistimewaan Luxury Cappucino Premium Blend dengan campuran ‘Premium Arabica Coffee’, Ginseng serta Tongkat Ali khas bagi kaum lelaki sejati bagi mengurangkan letih dan lesu, menambah stamina dan tenaga seharian zahir mahupun batin, menguatkan jisim otot serta meningkatkan kadar testosteron lelaki.

Tidak kurang hebatnya bagi kaum wanita, Strawberry Milshake dan Chocolate Milkshake masing-masing mengutamakan penjagaan dalaman wanita selain memberi tenaga tambahan dan kecergasan badan termasuk menstabilkan hormon, mencantikkan kulit, mengetatkan otot vagina serta melancarkan haid.
Sehubungan itu, bagi menghargai sokongan, kepercayaan dan usaha keras semua wakil jualan Harqis terumatanya leader dan juga stokis, beliau turut menyampaikan beberapa hadiah lumayan antaranya wang tunai, emas (barang kemas), TV Samsung 50 inci, Ipad Pro, kerusi urut Ogawa, 2x Perodua Bezza dan 1x Perodua X50 serta pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah turut disediakan.
Wan Rahilah Binti Wan Abdullah merupakan Top Leader 2021 mengumpul kutipan hasil jualan keseluruhan tertinggi berjumlah RM 9,946,810.00 berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua X50.
Manakala Nor Hidayatul Afiqah Binti Muassyis (RM 8,579,566.00) dan Nur Aiman Binti Mat Ali (RM 6,224,794.00) masing-masing membawa pulang sebuah kereta Perodua Bezza.

Selain itu, majlis turut dihiburkan dengan alunan musik dan petikan nota oleh ‘Matahari Band’ disepanjang majlis serta diselangi dengan kemunculan dua selebriti terkenal tanahair dalam dua era yang berbeza iaitu Ziana Zain dan Aina Abdul dengan persembahan yang sangat menghiburkan.
Tidak disangkal dengan persembahan dua selebriti dan penganjuran majlis yang menelan perbelanjaan hampir setengah juta ini membuktikan bahawasanya Harqis Empire Sdn. Bhd. kini berdiri teguh dan berada pada tahap tertinggi yang sangat wajar dibanggakan.

“Tanpa mereka (usahawan Harqis) siapalah kami, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan, bersama kita membina kejayaan kini dan dimasa akan datang”, tambah Nur Saidatul Akma.
Harqis Empire telah melahirkan ramai usahawan berjaya melalui platfom bisnes online yang disediakan daripada pelbagai latarbelakang dan kerjaya antaranya suri rumah, pelajar, pekerja kerajaan mahupun swasta.
Anda juga berpeluang menjadi usahawan dengan menyertai keluarga besar Harqis tanpa sempadan, samada lelaki atau wanita bermula sebagai ‘Dropship’ yang tidak memerlukan sebarang komitmen atau modal.
Harqis Empire juga sangat komited memberi bimbingan secara luar dan dalam talian sepenuhnya termasuk penyediaan segala material pemasaran bagi kemudahan bersama menjana pendapatan dan berkongsi rezeki.

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.







