Home Berita‘Malaysian Cookies’ Bukan Sekadar Biskut, Manifestasi Budaya 14 Negeri Malaysia

‘Malaysian Cookies’ Bukan Sekadar Biskut, Manifestasi Budaya 14 Negeri Malaysia

by NoKomen
7.7K views
'Malaysian Cookies' Bukan Sekadar Biskut, Manifestasi Budaya 14 Negeri Malaysia - DMG Food Industries Sdn. Bhd.

Selari dengan aspirasi negara untuk memperkukuh sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), DMG Food Industries Sdn. Bhd. melancarkan produk terbaharunya, ‘Malaysian Cookies’, dalam satu majlis pelancaran rasmi yang berlangsung di Santa Grand Signature Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Produk baharu ini menampilkan 14 rekaan unik yang mewakil identiti budaya 13 negeri di Malaysia serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menjadikan setiap pek kuki sebagai simbolik perpaduan dan jati diri bangsa yang dapat dibawa pulang oleh pelancong sebagai kenangan dari kunjungan mereka ke tanahair.

Dengan menggunakan mentega premium sebagai bahan utama, setiap biskut menawarkan rasa yang lembut, kaya dan memenuhi citarasa para pengguna, sekali gus mencerminkan komitmen syarikat terhadap kualiti dan keunggulannya.

Majlis disempurnakan oleh Mohammad Nawwar Faiq Mohmad Noh, Pengarah MOTAC Kuala Lumpur & Putrajaya, yang hadir mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), sekali gus melambangkan komitmen kerajaan terhadap kolaborasi sektor awam-swasta dalam memacu industri pelancongan negara.

Kehadiran Pengasas & Pengerusi Kumpulan DMG Holdings, Datuk Seri Mohamed Abdul Ghani, Datin Yuzaira Yusof, Pengerusi Puspanita MOTAC, serta pelbagai wakil dari agensi pelancongan dan industri hotel negara turut menyemarakkan lagi program berkenaan. Disaksikan bersama, Prof Madya Ts Dr Sabaianah Bachok selaku Penasihat Produk Makanan dan Chef Zainal Mohamed Saad.

Datuk (Dr) Hassan Saad, Pengerusi DMG Food Industries Sdn Bhd, dalam ucaptamanya menegaskan bahawa pelancaran ini membawa makna yang lebih mendalam daripada sekadar memperkenalkan produk baharu. ‘Malaysian Cookies’ bukan sekadar biskut. Ia adalah manifestasi rasa dan budaya 14 buah negeri, yang kami rangkumkan dalam bentuk cenderahati makanan untuk pelancong,” katanya dengan penuh semangat.

Beliau menegaskan bahawa DMG Food Industries berhasrat untuk mengubah landskap cenderahati pelancongan negara dengan memperkenalkan kelainan konsep, iaitu daripada kraftangan tradisional kepada produk makanan yang dapat dinikmati dan dibawa pulang oleh pelancong sebagai kenangan dari kunjungan mereka ke Malaysia.

Kempen Sejuta Pek Kukis, ‘Malaysian Cookies’

Dalam satu langkah strategik, DMG Food Industries telah mengumumkan Kempen Sejuta Pek Kukis yang menyasarkan pengagihan sejuta pek kuki seluruh negara bagi menyokong promosi TMM 2026.

Berdasarkan kajian Tourism Malaysia, jumlah pelancong ke Malaysia dijangka mencecah 35.6 juta orang menjelang tahun 2026, membuka peluang yang amat besar bagi produk cenderahati makanan tempatan. Dengan sasaran harga RM10.00 seunit, DMG Food Industries yakin Cookies Malaysia mampu mencapai jualan sehingga 1 juta pax, sekaligus menjadi ikon baharu dalam pelancongan gastronomi negara.

Datuk (Dr) Hassan Saad, dalam lanjutan ucaptamanya menyatakan bahawa kempen ini bukan sekadar inisiatif pemasaran, tetapi juga tanggung jawab sosial syarikat untuk menyumbang kepada ekonomi pelancongan negara.

“Kami berbangga dapat memainkan peranan dalam agenda nasional ini. Setiap pek kuki yang dijual bukan sahaja produk makanan, tetapi juga duta budaya Malaysia yang sampai ke tangan pelancong antarabangsa,” tambahnya.

Syarikat ini telah meletakkan sasaran jualan 100,000 pek kuki dalam fasa pelancaran awal, dengan kapasiti pengeluaran yang bersedia untuk memenuhi permintaan kempen sejuta pek. Pengagihan akan dilakukan secara strategik di 14 lokasi utama termasuk kawasan Rehat dan Reload (R&R) di lebuhraya utama seluruh negara, lapangan terbang, rangkaian hotel bertaraf bintang, dan agen pelancongan yang menjadi hab utama pelancong.

DMG juga sedang meneroka kerjasama dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mewakili lebih 1,100 hotel di seluruh negara untuk menawarkan kuki ini sebagai cenderahati selamat datang kepada tetamu hotel, sekali gus meningkatkan pendedahan produk kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

Langkah ini dijangka memberikan impak ekonomi yang signifikan kepada industri pelancongan downstream dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Majlis pelancaran ini turut menampilkan pengenalan kepada beberapa rakan strategik utama yang bakal menyokong pengagihan dan pemasaran produk Malaysian Cookies di seluruh negara. Antara rakan strategik utama selain Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia yang akan membantu dalam pengagihan produk di lokasi-lokasi strategik sepanjang lebuh raya utama.

Selain itu, perjanjian kerjasama dengan MyGalore Sdn Bhd yang mewakili AEON Co. bakal memastikan produk ini mudah diperolehi di semua cawangan AEON di seluruh negara, sekali gus meningkatkan aksesibiliti kepada pelancong dan masyarakat tempatan.

Kolaborasi dengan MASMED UiTM juga akan membuka peluang pembangunan keusahawanan kepada para students dan graduan dalam industri makanan dan pelancongan, menjadikan program ini sebagai platform pembelajaran praktikal kepada generasi muda.

Menariknya, DMG Food Industries juga bakal menjalinkan kerjasama dengan beberapa organisasi kebajikan termasuk PEMAAF (Persatuan Pemulihan Penjara), Kolrama dan Dayang Infinity Empire, menunjukkan komitmen syarikat ini dalam memberikan peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran kepada komuniti yang memerlukan.

Datuk (Dr) Hassan Saad berharap dan menyeru agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia terus menyokong inisiatif seperti ini, yang bukan sahaja memperkukuh imej Malaysia, tetapi juga melahirkan usahawan tempatan yang berdaya saing di peringkat global.

Legasi 45 Tahun DMG Food Industries

DMG Food Industries Sdn Bhd telah menapak kukuh dalam industri makanan tempatan sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1995, meskipun operasi bermula sejak tahun 1982. Dengan pengalaman lebih 45 tahun dalam industri ini, syarikat yang diterajui oleh Datuk Seri Muhammad bin Abdul Ghani, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif DMG Holdings, telah membangunkan reputasi yang kukuh dalam penghasilan produk makanan berkualiti tinggi.

Keberhasilan syarikat ini tidak datang secara kebetulan. Fokus yang konsisten terhadap kualiti, penggunaan bahan-bahan terbaik, dan pemahaman mendalam tentang citarasa pengguna Malaysia telah menjadikan DMG sebagai salah satu jenama makanan tempatan yang paling dipercayai.

Berpegang teguh kepada prinsip ‘Kesungguhan dan Ketekunan’, Datuk Seri Muhammad Bin Abdul Ghani menyatakan bahawa pelancaran produk ‘Malaysian Cookies’ ini merupakan manifestasi daripada visi syarikat untuk meletakkan Malaysia di peta gastronomi dunia.

“Selama ini, cenderahati pelancongan lebih tertumpu kepada barangan fizikal. Kali ini, kami tampil dengan kelainan konsep – daripada kraftangan kepada produk makanan yang boleh dinikmati dan dibawa pulang,” katanya.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan DMG Holdings ini menambah bahawa DMG komited untuk terus berinovasi dan menyumbang kepada industri pelancongan melalui produk makanan yang beridentiti dan berkualiti tinggi, sejajar dengan matlamat Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk menarik pelancong antarabangsa, selain diharapkan dapat memberi manfaat dan menyumbang kepada pembangunan sejagat.

DMG The Cookies Boutique: Langkah Strategik Pengembangan Jenama

Sebagai tambahan kepada pelancaran produk, DMG Food Industries juga mengumumkan bakal membuka kedai fizikal pertama mereka yang dinamakan ‘DMG The Cookies Boutique’ dijadualkan pembukaannya pada Jun ini di Kuala Lumpur, diikuti keduanya di Birmingham pada Ogos melalui kerjasama rakan strategik, D’Rasa.

Mengakhiri ucapannya, Datuk (Dr) Hassan Saad menyatakan harapan agar ‘Malaysia Cookies’ menjadi satu produk kebanggaan negara dan membuka lembaran baharu dalam dunia pelancongan dan makanan.

Dengan sokongan dari MOTAC, jaringan hotel seluruh negara, dan komitmen DMG Food Industries terhadap kualiti, produk ‘Malaysian Cookies’ berada di landasan yang tepat untuk menjadi salah satu produk cenderahati paling berjaya dalam sejarah pelancongan Malaysia.


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025