Home BisnesMOU Rakan Kongsi Kumpulan Rahman Brothers & Datuk Dr. Hassan Saad

MOU Rakan Kongsi Kumpulan Rahman Brothers & Datuk Dr. Hassan Saad

by NoKomen
5.5K views
Kumpulan Rahman Brothers dan Datuk Dr Hassan Saad

KUMPULAN RAHMAN BROTHERS SDN BHD atau KRB ialah syarikat perdana yang dimiliki oleh Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim (DHAR) yang merupakan syarikat induk kepada 17 anak syarikat pelbagai kepentingan perniagaan.

Misi utama menerajui pasaran dan menjadi jenama global yang berwibawa melalui kualiti produk dan perkhidmatan luar biasa kepada pelanggan dengan memanfaatkan komitmen bersama, kesetiaan, integriti dan rasa hormat antara satu sama lain.

Dikenali sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan asas iaitu automotif melalui RB Motor, RB Automotive dan Edaran Saga Pulau Pinang seterusnya meluaskan cabang perniagaanya di dalam bidang perumahan, pembinaan dan pelancongan; RB Perumahan, RB Construction, RB Travel & Tours, Terap Inn, Sri Imtar dan kini mencari lebih banyak peluang dalam perdagangan & logistik antarabangsa.

MOU Kumpulan Rahman Brothers dan Small Kitchen

Terbaharu demi kelangsungan mencapai misi dan visi, satu majlis menandatangani perjanjian rakan kongsi diantara Kumpulan Rahman Brothers Anak-Anak Kedah Sdn Bhd bersama pemilik dan pengasas Restoran Small Kitchen telah diadakan di ibu pejabat Rahman Brothers di Shah Alam.

Turut hadir antaranya Puan Aszam Zam Fuza, Pengarah Merangkap Pengurus Rumah Rehat Terap Inn dan Puan Nor Hashimah Md Hashim, Pengarah Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd merangkap Pengurus Besar Sektor Perniagaan Bukan Automatif, para tetamu dan media jemputan.

Bergambar bersama wakil usahawan dan tetamu yang hadir di Rahman Brothers, Shah Alam

Diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers, Puan Rabiatul Adawiyah dan Datuk Dr. Hassan Saad selaku pemilik Small Kitchen memeterai penjanjian kolaborasi rakan kongsi bagi perancangan dan pembangunan anak syarikat, Rahman Brothers Travel & Tours dan Dhar Frozen Foods. & Pastry Sdn Bhd serta khususnya pengurusan menaik taraf sebuah resort, Terap Inn di Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

Menurut Puan Rabiatul Adawiyah, rumah rehat Terap Inn yang terletak di atas Bukit Gedung ini merupakan kawasan berbukit bukau seluas tiga ekar telah diambil-alih kontrak pengurusannya daripada Majlis Daerah Padang Terap semenjak tahun 2015 lagi ketika Kumpulan Rahman Brothers Anak-anak Kedah ditubuhkan sehingga Mei 2024 kelak.

Terap Inn

Terap Inn merupakan antara rumah persinggahan bajet yang diminati namun memerlukan penambahbaikan dan pengubahsuaian demi menjadikannya rumah rehat yang terbaik seterusnya menjadikannya satu destinasi pelancongan yang menarik dengan kepelbagaian kemudahan tersedia.’ jelas Rabiatul yang yakin usahasama dengan Dr. Hassan dapat mencapai objektifnya.

“Pengubahsuain dan naik taraf dengan kos hampir setengah juta ini akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun dimana permulaannya 30% daripada keseluruhan projek akan dilaksanakan terlebih dahulu,” ujar Datuk Dr. Hassan ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Sebagai rakan kongsi tugasannya bersama Kumpulan Rahman Brothers bertujuan menggerakkan beberapa perancangan bagi meningkat dan memajukan syarikat agar terus membangun dan disegani sebagai antara peniaga bumiputera terulung.

Rumah rehat, Terap Inn

Sehubungan itu, antara langkah awal yang telah diambil bagi Dhar Frozen Foods & Pastry Sdn Bhd pula meliputi program keusahawanan runcit sejuk beku yang dinamakan ‘Sejuta Kasih Ar-Rahman’.

Program ‘Sejuta Kasih Ar-Rahman’ yang diasaskan oleh Datuk Hj Abdul Rahman sendiri ini terbuka kepada 100 usahawan-usahawan mikro yang berminat membuat permohonan tanpa memerlukan sebarang modal dengan perolehan 50% keuntungan bersih untuk menjadi rakan strategi bagi pengedaran 1 juta biji kuih sejuk beku ke pasaran kejiranan.

Pada majlis ini juga turut dapat disaksikan penyerahan kad mock-up ‘Sejuta Kasih Ar Rahman’ oleh Rabiatul Adawiyah kepada wakil kelompok usahawan terlibat yang turut hadir.

Datuk Dr Hassan Saad

Sementara itu, bagi mereka yang ingin mendaftarkan diri bersama program Sejuta Kasih Ar-Rahman boleh menghubungi talian dibawah atau sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025