Home BisnesNana Mahazan Sebak Terima Sumbangan RM50,000 Buat Mangsa Banjir

Nana Mahazan Sebak Terima Sumbangan RM50,000 Buat Mangsa Banjir

by NoKomen
2.9K views
Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWoks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman (tengah) mewakili RichWell diiringi Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. (kanan) menyerahkan replika cek RM50,000 kepada Nana ketika makan malam Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi, semalam.

LANGKAWI – Tak sangka, kehadiran Nana Mahazan sebagai ‘pelajar’ dikejutkan dengan pemberian sumbangan bagi mangsa banjir berjumlah RM50,000 daripada RichWorks, semalam.

Menurut selebriti usahawan yang merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) itu, beliau sangat gembira bila mana dapat menjadi ‘penghubung’ bagi menyumbang kepada lebih ramai orang memerlukan.

Katanya, wang itu hasil sumbangan daripada RichWorks bersama usahawan-usahawan jutawan yang dibimbing melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan iaitu memberi kembali kepada komuniti.

“Pada akhirnya, fokus (usahawan) untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang. Nak jadi ‘kaya’ sebab dapat menyumbang lebih banyak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman mewakili RichWell menyerahkan replika cek kepada Nana ketika Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi.

Pada hujung tahun lalu, RichWell salur sumbangan berjumlah RM500,000 bagi mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam.

Selebriti usahawan Nana Mahazan yang juga merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
Selebriti usahawan Nana Mahazan yang juga merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

Dalam pada itu, Nana menjelaskan juga bahawa ilmu diterima di RichWorks bukan hanya mengajar bisnes tapi lebih daripada itu.

“Di sinilah saya berhijrah, faham juga banyak ilmu agama, membantu lebih ramai orang dan tanggungjawab sebagai manusia,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. (kanan) menyerahkan replika cek kepada Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebelum diserahkan kepada Nana ketika makan malam Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi, semalam

“Kami memahami perasaan dihadapi mangsa banjir yang ramai di Pantai Timur termasuk di Sabah ketika ini.

“Kami sendiri pernah alami banjir teruk di Shah Alam pada tahun lalu, pejabat dinaiki air hinggakan ada staf terpaksa bermalam di dewan,” ujarnya.

Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWoks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman (tengah) mewakili RichWell diiringi Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. (kanan) menyerahkan replika cek RM50,000 kepada Nana ketika makan malam Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi, semalam.

Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025