fbpx
Home Hiburan Neelofa Tangguh Hasrat Ke Indonesia

Neelofa Tangguh Hasrat Ke Indonesia

by NoKomen
112 views
Neelofa tangguh hasrat ke Indonesia

 

“Diharapkan pengalaman dua bulan duduk di rumah mengajar kita untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu ini,” kata pengacara popular Neelofa mengenai budaya dan amalan baharu yang perlu diikuti rakyat Malaysia bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Neelofa berkata, musibah yang melanda ketika ini mencipta satu perwatakan baru buat rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan berhati-hati.

“Dalam tak sedar musibah yang berlaku ini mencipta perwatakan baru untuk orang ramai supaya lebih menjaga kebersihan dan berhati-hati. Ini kerana, apa yang dilalui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi banyak pengajaran seperti betapa sukarnya hidup apabila tidak boleh keluar bekerja dan ‘berkurung’ di dalam rumah.

“Selain itu, normal baharu yang perlu diikut ini juga adalah persiapan supaya kita tidak terlalu selesa dengan apa yang kita nikmati sebelum ini. Tak kisahlah besar mana empayar perniagaan seseorang itu atau kejayaan yang dicipta, namun setiap orang kini perlu menjaga diri masing-masing untuk hari yang kita tidak duga ini,” katanya.

Neelofa berharap setiap orang tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu berganding bahu untuk memerangi Covid-19.

“Jangan terlalu yakin kita tidak akan terkesan sebab sudah terbukti banyak perniagaan yang terpaksa ditutup tanpa mereka sangka.

“Justeru, saya harap kita semua perlu bersatu dan memastikan agar setiap daripada kita mengambil tanggungjawab untuk menjaga diri dan memastikan normal baharu ini diikuti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa yang merancang untuk membina kerjaya di Indonesia terpaksa melupakan hasrat itu buat seketika waktu.

” Saya tidak tahu bilakah waktu yang sesuai untuk saya pergi semula ke Indonesia sebab tidak tahu keadaan di sana. Jika di sini pun masih belum pulih apatahlagi di sana.

“Saya enggan ambil sebarang risiko hanya disebabkan nak bina kerjaya di sana. Saya lebih sanggup bersabar dan tunggu waktu yang sesuai,” katanya.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x