Home HiburanNgesot – Filem ‘Survival Thriller’ Diilhamkan Dari Kisah Benar

Ngesot – Filem ‘Survival Thriller’ Diilhamkan Dari Kisah Benar

by NoKomen
5.5K views
Filem Ngesot 2024

Filem bertemakan ‘Survival Thriller’ – Ngesot yang diilhamkan dari kisah benar seorang penjawat awam Askar Wataniah, Nicholas Andrew dalam mengharungi pelbagai kesukaran menyelamatkan diri dan rakannya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Kisah benar yang berlaku pada tahun 2014 di Tapah, Perak apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung. Watak yang dilakonkan semula oleh pelakon hebat, Zulhuzaimy sebagai Shazwan – seorang lelaki yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan berjiwa besar bersama rakan karibnya, lakonan Luqman Hafidz sebagai Acap.

Acap yang terpisah disaat kemalangan tanpa diketahui keberadaannya melainkan hanya suara yang kedengaran di segenap pelusuk hutan terngiang-ngiang ditelinganya meminta pertolongan. Dalam keadaan yang parah dan lumpuh, Syazwan yang tidak mampu berdiri dan berjalan dipaksa mengesot di dalam hutan dalam menjejaki Acap.

Pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuhi demi kesinambungan dan kelangsungan hidup, namun segalanya diharungi berbekalkan pengalamannya sebagai seorang askar dahulu.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan! Nak seribu daya tak nak seribu dalih! Pepatah ini jelas kelihatan dalam lakonan dan pengajaran ataupun mesej yang ingin disampaikan samada tersirat mahupun tersurat.

Semangat untuk meneruskan hidup demi keluarga tercinta khususnya membuatkan seseorang itu bertahan dan terus berjuang sampai ke nafas terakhir tanpa mengenal erti kegagalan mahupun berputus asa.

Bertahan selama beberapa hari tanpa bantuan perubatan, apatah lagi makan minum pasti membuatkan seseorang itu dehidrasi dan akhirnya berhalunisasi. Adakah Syazwan hanya berhalunisasi dengan bayangan-bayangan yang dilihatnya ataupun kenyataan? Dihantui dengan bayangan-bayangan ghaib dan nyata. Bagaimanakah pengakhirannya dan Acap, mampukah mereka diselamatkan?

Dapatkah Syazwan pulang kepangkuan isterinya Nisa lakonan Sharifah Sakinah yang sarat mengandung menantikan anak sulong mereka? Jangan lupa saksikan filem ini bermula hari ini 9 Mei 2024 di pawagam berhampiran anda!

Dimaklumkan, filem Ngesot terbitan KASH PICTURES SDN BHD arahan Ayez Shaukat Fonseka Farid ini dihasilkan daripada DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) daripada PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) berjumlah RM1 Juta.

Lokasi penggambaran di Hutan Gombak, Kuala Lumpur mengambil masa selama 14 hari dengan barisan pelakon-pelakon hebat dengan bertemakan ‘Survival Thriller’ yang jarang dipertaruhkan dalam filem tempatan pasti memberi keterujaan bagi peminat filem.

Keseluruhannya filem Ngesot ini tidak mengecewakan dan harus ditonton. Walaupun banyak yang boleh diperbaiki dari pelbagai sudut antaranya penambahan slot-slot yang lebih mencabar walaupun diilhamkan dari kisah benar. Namun dari sudut kamera dan editan, pendapat Nokomen sangat memberangsangkan. Waktu malam di hutan kelihatan natural dan harus dipuji. Syabas! Jom saksikan NGESOT hari ini!


Bahasa: Melayu
Sari Kata: Inggeris
Klasifikasi: 13
Tarikh Tayangan: 09 Mei 2024
Waktu Tayangan : 1 Jam 30 Minit
Genre: Survival Thriller
Dihasilkan: Kash Pictures Sdn Bhd
Terbitan Bersama: Temasek Studios, Teo Jason
Pengarah: Ayez Shaukat
Cerita Asal: Nicholas Andrew
Penerbit: Prakash Murugiah, Mynn Lee
Penerbit Bersama: Temasek Studios, Teo Jason
Pengedar: Metrowealth (MiG)
Pelakon: Zul Huzaimy , Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz,
Khir Rahman, Zakaria Zahid, Erynn Abdullah Dan Ramai Lagi..


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025