Home HiburanP.Ramlee Smart Piano – ‘Now Everyone Can Be A Pianist’

P.Ramlee Smart Piano – ‘Now Everyone Can Be A Pianist’

by NoKomen
3.8K views
P.Ramlee Smart Piano - 'Now Everyone Can Be A Pianist' - Kopstar & KL City Art Gallery

P.Ramlee Smart Piano merupakan koleksi piano pintar digital yang menggabungkan teknologi bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran dan bermain. Tidak seperti piano akustik tradisional, piano pintar mempunyai pelbagai ciri dan keupayaan yang boleh dilakukan melalui elektronik dan ketersambungannya.

Jenama P.Ramlee Classic keluaran syarikat Music Hive yang sudah lama dipasaran dan terkenal di Sabah ini kini mengembangkan pasarannya ke Semenanjung Malaysia yang dibawakan melalui kerjasama antara Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) dan KL City Art Gallery.

Perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh Dato’ Rohayati Binti Hj Sa’ayan (Royce Saayan) selaku Pengerusi KOPSTAR dan Maizul Omar (KL City Art Gallery) dimeterai pada 16 September 2023 bertempat di KL City Art Galleri menyaksikan buat julung kalinya keberadaan P.Ramlee Smart Piano – P.Ramlee Classic Digital Piano (EPR-2) secara dekat sebagai demonstrasi secara percuma selama tiga (3) bulan + tiga (3) bulan kepada mereka yang berminat mencuba mahupun memilikinya.

P.Ramlee Smart Piano

Bagi peminat piano, jangan ketinggalan untuk singgah di KL City Art Galleria bagi merasai sendiri pengalaman serta kehebatan yang juga dikatakan berupaya membuatkan seseorang pemain piano baharu untuk dapat bermain sepantas 3 minit sahaja. Percaya atau tidak? Tak cuba tak tahu!

Bersesuaian dengan tujuan penubuhan Kopstar bagi meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang di jalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi. Mensasarkan penjualan sebanyak 100 unit bagi versi P.Ramlee Smart Piano dimana sebahagian kecil keuntungan akan disalurkan kepada tabung Cahaya KOPSTAR dan tabung Haiwan Liar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kelolaan KL City Art Gallery ujar Royce Saayan dengan harapan dapat membantu perkembangan Kopstar yang baharu diterajuinya sebagai Pengerusi.

Dato’ Rohayati Binti Hj Sa’ayan (Royce Saayan) – Pengerusi Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR)

Secara ringkas, Kopstar merupakan sebuah badan koperasi yang berdaftar pada 5hb mac 2009 di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dianggotai oleh penggiat-penggiat seni muzik, perfileman, produksi, media, tv dan radio serta individu-indivdu yang terlibat secara langsung di dalam industri seni malaysia.

Kini, Kopstar dengan kepimpinan dan lembaga baharu yang diterajui oleh Dato’ Rohayati Binti Hj Sa’ayan (Royce Saayan) selaku Pengerusi, Aishah Sanan (Setiausaha), Ahmad Wafiuddin (Bendahari) serta empat (4) orang ALK iaitu Ismail Mohd Sharif, Pakaruddin Lahasim, Nor Farahan Zainudin dan Mohd Noor Bin Mohd Zain.

P.Ramlee Smart Piano
Ahli-ahli Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR)

Turut hadir, anak saudara Tan Sri P. Ramlee yang juga anak kepada Allahyarham Seniwati Mariani, Rozita Rohaizad yang turut menyampaikan sebuah lagu, ‘Hujan di Tengah Hari’ diiringi petikan piano ‘P.Ramlee Smart Piano’ oleh Belle Fatah.

Untuk makluman, penjenamaan P.Ramlee secara umumnya pasti tersurat daripada nama seorang ikon atau Lagenda Seniman Agong, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee namun tersirat secara kebetulan dan bersesuaian dengan nama Pengarah Eksekutif Music Hive, yang juga bermula dengan huruf P iaitu Peter Chua yang juga seorang peminat tegar lagu-lagu P.Ramlee”, jelas Ahmad Wafiuddin.

Rozita Rohaizad menyampaikan sebuah lagu, ‘Hujan di Tengah Hari’ diiringi petikan piano ‘P.Ramlee Smart Piano – P.Ramlee Classic Digital Piano (EPR-2)’ oleh Belle Fatah.

Music Hive merupakan pengedar alat muzik dan sekolah muzik dari Kota Kinabalu, Sabah dan kini mempunyai cawangan di Bandar Baru Puchong, Selangor. Tidak sahaja menawarkan pelbagai koleksi piano jenama P.Ramlee malah turut tersedia koleksi gitar jenama P.Ramlee di kesemua cawangan Music Hive.

Kesemuanya terdapat lapan (8) koleksi P.Ramlee Smart Piano termasuk yang tersedia di KL City Art Gallery iaitu P.Ramlee Classic Digital Piano (EPR-2) yang dijual pada harga RM4,800 dimana pengunjung boleh membelinya secara terus atau secara ansuran bermula serendah RM182 sebulan dengan beberapa pelan ansuran seperti 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan.

P.Ramlee Smart Piano
P.Ramlee Smart Piano – Classic Digital Piano EPR 2 RM4,8000
Antara koleksi gitar P.Ramlee Classic

Perlu diingatkan, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa ciri khusus piano pintar boleh berbeza secara meluas bergantung pada pembuatan dan model. Apabila mempertimbangkan piano pintar, adalah penting untuk menyelidik pilihan yang tersedia dan memilih satu yang selaras dengan matlamat dan pilihan muzik anda.

Kopstar dan KL City Art Gallery sangat mengalu-alukan kedatangan anda secara walk-in atau melalui tempahan, hubungi atau WhatsApp di 013-394 7717.

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025