Home BisnesPandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula

by NoKomen
5.3K views
RichWorks bantu mangsa banjir

Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu. Turut terkesan, Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman apabila dijangkiti COVID-19 bersama 31 orang ahli keluarganya.

Kami memahami perasaan ditanggung orang ramai, kehilangan ibu mertua buat selamanya malah Dr Azizan sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tiada harapan jika tiada perubahan positif setelah dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi terutamanya kepada usahawan dalam bimbingannya.

 

 

Seketika setelah dibenarkan pulang menjalani proses pemulihan di rumah, Dr Azizan semakin komited menjalankan program secara percuma yang turut dihadiri ribuan orang.

Sebanyak 7 program telah dianjurkan bersamaan 98 jam masa perkhidmatan beliau luangkan bagi memberikan tunjuk ajar, kekuatan serta semangat kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhan tahun 2021, RichWorks telah berjaya membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks.

Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

BACA: Program Wanita Bangkit Berniaga Percuma – RichWorks

 

Pengasas RichWorks International Sdn Bhd, Datuk Wira Dr Azizan Osman

Dr Azizan

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

“Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih daripada 2,000 keluarga.

“Tidak terhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 juga berjaya dikumpulkan daripada usahawan kami dan pihak RichWorks sendiri dalam masa 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,” ujarnya.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

 

Radz Mohd, RichWorks

 

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul berjumlah RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

 

RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai - kesusahan ekoran pandemik & banjir.

RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai – kesusahan ekoran pandemik & banjir.

 

Sokongan RichWorks melalui pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell etc

Sokongan RichWorks melalui pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell etc

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

 

Billboard RichWorks di lebuh raya

Billboard RichWorks di lebuh raya

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025