Home BisnesRazowa Jawapan Kepada Masalah Perut Buncit Lelaki

Razowa Jawapan Kepada Masalah Perut Buncit Lelaki

by NoKomen
4.9K views
Razowa Zuko Men's Girdle

KUALA LUMPUR: Penggunaan girdle atau bengkung lazimnya digunakan golongan wanita tak kira sama ada untuk tujuan kecantikan mahupun kesihatan.

Namun seiring peredaran masa, penggunaannya turut diguna meluas oleh lelaki. Cuma jika diamati tiada bengkung khusus untuk lelaki.

Sebaliknya yang ada di pasaran pun rata-rata bengkung wanita yang dibeli lelaki dengan pemilihan saiz atau ukur lilit pinggang yang lebih besar.

Atas sebab itu, jenama peneraju bengkung nombor satu di Malaysia sejak 2019, Razowa menghadirkan inovasi baharu produk itu khusus untuk lelaki.

Majlis Pelancaran Razowa Rangers Gathering x Zuko Men's Girdle
Majlis Pelancaran Razowa Rangers Gathering x Zuko Men’s Girdle
Majlis Pelancaran Razowa Rangers Gathering x Zuko Men's Girdle

Dilancarkan 26 Mac lalu, produk diberi nama, Zuko Men’s Girdle dibawah jenama Razowa yang didaftarkan di bawah syarikat Tisas Academy Sdn Bhd beroperasi di Shah Alam, Selangor, Hartini Halim selaku pengasas optimis dengan variasi bengkung itu.

“Mungkin ada yang melihat bengkung hanya sekadar mitos untuk cantik. Namun jelas jika dilihat dari aspek kesihatan, ia menyokong masalah tulang belakang dan membantu pemulihan tubuh selepas bersalin atau menjalani pembedahan besar.

“Bengkung juga dapat membantu menyokong otot abdomen, sekaligus mengurangkan perut buncit dan sakit pinggang. Cuma selepas hadir dengan bengkung wanita, kami juga mahu golongan lelaki menikmati manfaat yang sama.

Razowa Zuko Men's Girdle

“Bengkung kurus untuk lelaki ini sesuai menjelang musim perayaan kelak supaya tampil yakin, hebat dan berfesyen. Ia mampu mengurangkan saiz perut tiga inci serta merta tatkala menyarung baju Melayu mahupun kurta,” katanya.

Bengkung lelaki itu dihasilkan atas permintaan ramai. Malah proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengambil masa dua tahun.

“Hasil kaji selidik dilakukan pun ramai lelaki yang mengakui berdepan masalah perut buncit kerana gaya hidup serta pemakanan di negara kita. Cuma rata-rata lelaki berdepan masalah mencari bengkung yang bersesuaian.

“Malaysia sendiri antara negara yang berdepan masalah kegemukan di Asia Tenggara. Golongan lelaki pun antara yang aktif termasuk bersukan.

Hartini Halim
Pengasas Razowa, Hartini Halim

Lalu bengkung kami ini menggunakan material sesuai dengan iklim negara kita. Materialnya sejuk dan selesa walau di bawa bersukan.

“Poket berlubang di bahagian alat sulit pun tak perlu dibuka dan mudah dibawa ke tandas. Ia juga mempunyai ciri empat tulang yang mengelakkan ia bergulung dan material tidak ‘gatal’. Selepas beberapa kali kita ubah suai dan menambah baik, baru dapat bengkung sempurna untuk lelaki,” katanya.

Kehadiran bengkung lelaki ini turut mengundang prejudis dan pelbagai persepsi.

“Memang ada yang berbaur negatif sambil menyifatkan bengkung itu hanya sesuai dipakai perempuan. Tapi pada akhirnya kami percaya manfaat bengkung itu sendiri akan menyerlahkan sisi positif.

“Ia bertujuan untuk menyokong tulang belakang, memperbaiki postur badan, serap peluh, menghilangkan perut buncit, mengatasi masalah sakit pinggang dan sebagainya,” katanya.

Tahun ini, Hartini menyasarkan jualan RM 10 juta setahun menerusi rangkaian penjualan produk Razowa.

“Sebelum ini produk seperti Bengkung 3 Saat, Ele Girdle dan Saunami Firming Cream antara produk terlaris kami. Kita juga ada produk minyak urutan aromaterapi, skrub, set rawatan penjagaan kuku kaki (pedicure).

“Tentunya kehadiran bengkung lelaki ini akan menyemarakkan lagi perniagaan kami. Kami mensasarkan jualan produk dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM500,000- RM1,000,000,” katanya.

Sempena Syawal juga, jenama ini melancarkan kempen menjana pendapatan Projek Duit Raya bersama Razowa tanpa mengeluarkan modal.

“Ramai yang diuji dengan kesihatan, pekerjaan dan kewangan sekarang. Ramai yang nak dibantu, nak pendapatan ekstra. Tambah lagi nak raya.

“Yang lain, kami tak pandai bantu. Namun kami ada produk yang baik, sokongan dan strategi untuk jana RM1000 sebulan. Selain tak perlu modal, mereka juga tak perlu pos barang kerana sistem yang kami ada sangat efisien. Yang penting hanya perlu usaha untuk pasarkan, tak kira online atau offline,” katanya.

Hartini menambah, 100 orang pertama yang menyertai sebagai ejen dan stokis akan menerima hadiah bengkung lelaki percuma.

“Setakat ini kita memiliki 600 ejen serta stokis di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan menyasarkan 10,000 lagi penyertaan sepanjang tahun ini. Boleh tekan www.razowa.com untuk sertai ejen dan maklumat lanjut,” katanya.

Jenama ini didaftarkan di bawah syarikat Tisas Academy Sdn Bhd beroperasi di Shah Alam, Selangor.


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025