fbpx
Home Sukan Ronaldo Tampil Dengan Gaya Rambut Baharu

Ronaldo Tampil Dengan Gaya Rambut Baharu

by NoKomen
114 views
Ronaldo tampil dengan gaya rambut baharu

 

Cristiano Ronaldo bergaya dengan rambut barunya selepas Georgina Rodriguez membuat dandanan khas untuk pemain itu kembali semula ke sesi latihan di Juventus.

Bintang Portugal, 35, meluangkan tempoh perintah berkurung di negaranya di Madeira tetapi kini kembali ke Itali untuk bersedia menyambung semula aksi.

Kebanyakan pengendali Serie A berharap dapat kembali ke padang latihan pada 13 Jun ini.

Dan Ronaldo kelihatan tiba di pusat latihan Juventus menaiki sebuah Jeep Grand Cherokee hitam semalam untuk melapor diri menyertai latihan pasukan itu.

Berkongsi gambar di Instagram, Georgina memberitahu : “Saya suka membelai cinta hati saya. Petang ini saya mempraktikkan cara dandanan rambut yang mudah.

Ronaldo turut berkongsi gambarnya dengan gara rambut terbaru serta menunjukkan isyarat bagus dengan dua ibu jarinya di padang latihan Juventus.

Pemenang lima kali Ballon d’Or berkata : “Apabila kita bersabar dan konsisten, kita akan temui jalan untuk mengatasi kesukaran #kembalikelandasan #jadibertanggungjawab.”

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x