Home Hiburan‘Saya menari je…’ – Andi Bernadee [METROTV]

‘Saya menari je…’ – Andi Bernadee [METROTV]

by NoKomen
273 views
'Saya menari je...' - Andi Bernadee [METROTV]

[ad_1]

“JANGANLAH pandang dari sudut negatif. Perhatikan nilai artistik yang ada,” kata penyanyi Andi Bernadee mengenai video dia menari dengan wanita di Instagram yang didakwa berunsur lucah oleh segelintir netizen.

Andi, 28, berkata, dia tiada niat untuk memaparkan unsur lucah, sebaliknya hanya mahu berkongsi bayangan mengenai muzik video lagu barunya berjudul Shimmy.

Menurutnya, sebagai penghibur dia perlu sentiasa tampil dengan elemen artistik dalam karyanya dan koreografi tarian kontemporari itu adalah sebahagian daripada babak dalam muzik video itu nanti.

“Video itu saya muat naik sewaktu membuat latihan dengan penari yang akan tampil dalam muzik video itu nanti. Saya bertuah dapat belajar menari kerana saya bukannya penari hebat.

“Sebagai penyanyi, saya sentiasa mahu mencari kesempurnaan dalam setiap karya termasuklah untuk muzik video juga. Oleh itu, saya harap usaha ini lebih dipandang daripada sudut positif,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Donde itu juga tidak melihat perkongsiannya sebuah gimik bagi mencetus kontroversi kerana ia bukan video intim dengan penari wanita terbabit.

“Tiada apa yang intim dengan penari wanita itu. Dia sekadar penari yang menggalas tanggungjawab sebagai sebahagian daripada muzik video berkenaan. Di mana gimiknya?

“Ia seperti berkongsi video dua individu yang ingin mempamerkan koreografi indah mereka selepas membuat latihan. Kita pun selalu juga tonton video sebegitu, bukan?” katanya.

Dalam pada itu, Andi juga meminta peminat supaya tidak terlalu sensitif mengenai video itu hanya kerana dia menari dengan seorang wanita.

“Maaflah jika video itu membuatkan ada peminat menangis. Janganlah sampai begitu sekali, saya tiada niat pun menyinggung perasaan sesiapa,” katanya.

Video yang dimuat naik di Instagram sejak tiga hari lalu itu mencatat lebih 720,000 tontonan, 84,000 tanda suka, dan 3,200 komen.



[ad_2]

Source link

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025