Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) adalah badan koperasi yang berdaftar pada 5 Mac 2009 di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi dianggotai oleh pengiat-pengiat seni muzik, perfileman, produksi media, TV dan radio serta individu-individu yang terlibat secara langsung dalam Industri Seni Malaysia.
Dengan kerjasama Summit USJ dan disokong oleh Sudirman Asset Management, KOPSTAR dengan bangganya bakal menganjurkan program “Sinonim Sudirman” yang bertujuan untuk meraikan legasi kekal penghibur ikonik, Sudirman disamping mencungkil bakat-bakat muzik generasi baharu.

Dato’ Sudirman bin Haji Arshad adalah seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia yang terkenal. Beliau lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 akibat pneumonia, pada usia 37 tahun.
Memulakan kerjaya nyanyiannya setelah memenangi pertandingan Bintang RTM pada 11 Ogos 1976 dan mencapai kemuncak kerjaya apabila dinobatkan sebagai “Penghibur Asia Nombor 1” di Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989.
Turut dikenali dengan pelbagai gelaran antaranya “Peguam yang Menyanyi” dan “Penyanyi Rakyat”. Beliau juga seorang peguam terlatih, komposer, penulis, kartunis, usahawan, dan pelakon. Suara tenor tingginya yang jelas dan dinamik menjadikannya ikonik dalam industri muzik. Lagu-lagu popularnya termasuk “Balik Kampung”, “Merisik Khabar”, dan “Salam Terakhir”.

Walaupun setelah 32 tahun pemergiannya, lagu-lagunya masih sering diputarkan di radio, terutamanya sempena Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidilfitri. Beliau dikenang sebagai tokoh legenda muzik yang memberi inspirasi kepada ramai penyanyi dan penggemar muzik di Malaysia.
Meraikan legasi, mengilhamkan legasi maka tercetuslah inspirasi kelahiran program “Sinonim Sudirman” sebagai satu penghormatan kepada legenda muzik yang impaknya merentas generasi.
Program yang berformatkan pertandingan ini dijadualkan akan berlangsung selama tiga (3) hari pada 30hb, 31hb Ogos & 1hb September 2024 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67.
Selain pertandingan “Sinonim Sudirman” selaku acara kemuncak, pelbagai acara menarik telah disusun, termasuk pertandingan Baby Catwalk, Mewarna Karikatur GAYOR, Deko Kek PWIP, Nyanyian Patriotik, Deklamasi Puisi, Klinik Gitar bersama M.Noor Hendrix dan Klink Vokal bersama Cikgu Siti Hajar Ismail.








Pengunjung juga akan dihiburkan oleh gabungan artis jemputan lama dan baharu antaranya Royce Sa’ayan, Zack Kazamata, Farra Ahmad, Nami Harez, Zack Kool, Wafi The Voltage dan Kumpulan Aktivis.
Sebagai Pengerusi KOPSTAR, Rohayati Sa’ayan menekankan misi program ini adalah untuk menghargai sumbangan Sudirman kepada muzik dan budaya, memberi inspirasi kepada penyanyi yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan bakat mereka di platform yang berprestij.
Kami amat mengalu-alukan peserta dari pelbagai latar belakang untuk menunjukkan kebolehan vokal dan karisma pentas mereka, dengan peluang untuk bersaing bagi merebut hadiah-hadiah menarik.
“Sinonim Sudirman” mewakili komitmen KOPSTAR dan SUMMIT USJ untuk memupuk kecemerlangan seni dan memelihara pengaruh Sudirman dalam landskap muzik moden. Selain menggalakkan individu berbakat untuk tetap berusaha meneruskan minat mereka dalam bidang nyanyian ke tahap tertinggi.




Pertandingan yang akan diadili barisan juri hebat, Datuk Hajjah Habsah Hassan, Cikgu Siti Hajar Ismail dan Salman Shariff (Komposer) ini diharapkan dapat memikat lapisan penonton mengimbau kenangan silam khususnya yang membesar bersama lagu-lagu Sudirman dan menetapkan penanda aras baharu dalam format pertandingan nyanyian.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program “Sinonim Sudirman” dan menjadi sebahagian daripada keraian legasi yang kekal selamanya!
Daftar sekarang dengan mengimbas QR Code yang disediakan oleh SUMMIT USJ untuk pendaftaran dan lengkapkan borang dengan maklumat yang diperlukan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, Summit USJ menjadi destinasi yang menarik untuk keluarga dan pengunjung yang ingin berseronok dan menghabiskan masa berkualiti bersama. Tidak hanya menawarkan kemudahan membeli-belah dan bersantai, tetapi juga pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Dengan transformasi yang sedang berlaku, pusat ini semakin menjadi destinasi pilihan bagi penduduk sekitar dan pengunjung luar.



Fun X World: Taman Hiburan Seluas 55,000 Kaki Persegi
Salah satu tarikan utama di Summit USJ adalah Fun X World, sebuah taman hiburan yang luas seluas 55,000 kaki persegi, terletak di Tingkat 2. Pengunjung boleh menikmati pelbagai permainan tanpa had masa, termasuk arcade tanpa had, kereta bumper, roller blades, dan kawasan permainan khas untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang ingin berehat, terdapat juga kafe yang menyediakan makanan dan minuman.
Fun X Golf: Pengalaman Golf dalam Bangunan yang Menyeronokkan
Bagi peminat golf, Summit USJ menawarkan Fun X Golf, yang menyediakan pengalaman bermain golf dalam bangunan yang menyeronokkan. Sesuai untuk semua peringkat kemahiran, Fun X Golf membolehkan pengunjung menikmati permainan golf sambil bersantai di pusat membeli-belah.
Hoops Station Basketball Arena: Tempat Bermain dan Berlatih Bola Keranjang
Hoops Station adalah arena bola keranjang yang membolehkan pengunjung bermain dan berlatih dalam suasana yang menyeronokkan. Ia adalah tempat yang ideal untuk peminat bola keranjang dan mereka yang ingin mencuba sukan ini.
Dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan, Summit USJ menjadi destinasi yang menarik untuk keluarga dan pengunjung yang ingin berseronok dan menghabiskan masa berkualiti bersama. Transformasi yang sedang berlaku juga menjanjikan pengalaman yang lebih baik lagi di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.