Home BisnesWahdinii – Jingle Kolaborasi Adi Priyo & Azmi Saat

Wahdinii – Jingle Kolaborasi Adi Priyo & Azmi Saat

by NoKomen
6.2K views
Wahdinii - Berilah Petunjuk, lagu tema Wahdinii Exclusive 2024

Permulaan tahun 2024, dunia muzik diserikan dengan kehadiran sebuah lagu baru yang penuh makna, berjudul “Wahdinii” bersempena penjenamaan pengeluar baju fesyen muslim iaitu Wahdinii. Lagu tema atau jingle ini merupakan hasil ciptaan Adi Priyo, seorang penerbit dan komposer yang tidak asing lagi dikenali melalui karyanya yang memukau.

Adi Priyo, yang juga dikenali sebagai Adi 6ixth Sense, sebelum ini telah mengukir namanya dalam industri muzik dengan lagu-lagu hebat seperti “Muara Hati” nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip dan “Ku Relakan Jiwa” oleh Hazama, “Kasih Hati’ melalui Datin Alyah selain lagu-lagu hits dari 6ixth Sense sendiri seperti Khatimah Cinta dan Tanpa. Karya-karya ini membuktikan kehebatannya sebagai pencipta lagu yang berbakat dan mampu mencipta suasana yang mendalam melalui melodi dan lirik yang penuh emosi.

Wahdinii - Berilah Petunjuk, lagu tema Wahdinii Exclusive 2024
Adi Priyo, Puan Emma @ Emma Rockers, Azmi Saat dan Zell Sazalie.

Lagu tema “Wahdinii” berdurasi 1 minit dan 4 saat memiliki makna yang mendalam, dengan terjemahan “Berilah Petunjuk.” Makna ini mencerminkan keperluan setiap individu di muka bumi ini untuk mendapatkan petunjuk dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Lagu ini tidak hanya sekadar hiburan, tetapi juga membawa pesan positif yang relevan dalam kehidupan sehari-hari.

Adi Priyo juga tidak hanya dikenali dalam bidang muzik, tetapi juga terlibat dalam dunia fesyen Muslim. Sebagai pengeluar baju “muslim wear” bersama rakan urusniaga Puan Emma, yang lebih dikenali sebagai Emma Rockers, mereka telah menjalin kerjasama untuk mencipta lagu tema “Wahdinii” dimana idea asalnya didorongan agar penyampaiannya dapat diterjemahkan melalui pelbagai medium dan unik.

Wahdinii - Berilah Petunjuk, lagu tema Wahdinii Exclusive 2024
Adi Priyo & Azmi Saat

JIngle ini juga menandakan pelaksanaan hasrat Arwah suami Puan Faridah, yang tidak kesampaian sebelum ini. Keputusan untuk memilih Adi 6ixthsense sebagai pengarah muzik dipertimbangkan dengan teliti, mengingat kehebatan beliau dalam mencipta konsep lagu yang unik. “Wahdinii” membawa pendengar melalui melodi yang berbeda dari karya-karya sebelumnya, dengan irama padang pasir yang begitu mengasyikkan.

Dalam proses penghasilan lagu ini, En Zell Sazalie, yang bertanggungjawab dalam komunikasi strategik, memainkan peranan penting dalam memastikan harmoni di antara semua pihak terlibat. Setelah perbincangan yang mendalam, diputuskan untuk mengundang penyanyi Azmi Saat, Caliph Buskers, sebagai featuring bersama Adi Priyo untuk memberikan warna dan variasi kepada lagu ini.

Alhamdulillah, hasil kerjasama ini telah menghasilkan sebuah karya yang memukau. Lagu “Wahdinii” bukan sahaja menjadi taruhan baru dalam arena muzik, tetapi juga menginspirasi Puan Faridah dan Puan Emma untuk menaja Adi & Azmi dalam keluaran Muslim Wear Wahdinii pada tahun 2024.

Keindahan melodi yang ‘catchy’ dan makna yang terkandung dalam liriknya diharapkan menjadikan lagu ini sebuah pencapaian dan permulaan cemerlang bagi Wahdinii seterusnya dijadikan siulan pelbagai peringkat umur tidak kira bangsa mahupun agama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025