Kuala Lumpur – Suasana di Galeri KL Wellness City pada 16 April 2025 lalu menyaksikan sebuah majlis pelancaran yang penuh gaya dan kehangatan – memperkenalkan produk makanan terbaharu yang bakal mencuri perhatian pencinta mi pedas tanah air: Chilli Wantan Mee!
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tengku Bendahara Selangor, Tengku Dato Dr. Hishammuddin Zaizi, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah Eksekutif Penjenamaan, Jualan & Pemasaran, Dato Seri Dr. Vincent Tiew; Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Meet Mee, Clement Lin; dan Usahawan Korporat, Tan Sri Jojo @ Syed Yusor Syed Nasir.

Dihasilkan melalui kolaborasi eksklusif antara dua nama besar dalam dunia kulinari tempatan, Meet Mee dan Nisabakri Gourmet, produk ini bukan sekadar mi segera – ia adalah satu pengalaman rasa yang menyatukan warisan, inovasi dan gaya hidup moden.
Bayangkan kombinasi sempurna mi kenyal berkualiti tinggi, digaul dengan sos pedas istimewa hasil ciptaan Chef Puan Sri Nisa Bakri – seorang ikon masakan yang tidak asing lagi berinspirasikan warisan Malaysia yang disuntik dengan sentuhan kontemporari, resepi penuh rasa dan jiwa – menjadikan setiap resipi beliau dekat di hati rakyat Malaysia. Ramuannya disesuaikan dengan cita rasa tempatan yang sememangnya gemarkan kelazatan yang menyengat dan memikat.

Yang menarik, walaupun rasanya seperti hidangan restoran lima bintang, Chilli Wantan Mee tetap mudah disediakan – sesuai untuk golongan muda, profesional, mahupun keluarga yang mahukan sajian pantas tetapi berkualiti.
Meet Mee dikenali sebagai jenama mi segera tempatan yang mengutamakan kualiti dalam setiap produk mereka. Dengan misi untuk menjadikan mi segera sebagai satu hidangan yang bukan sahaja pantas tetapi juga memuaskan dari segi rasa, Meet Mee telah berjaya membina pengikut setia yang menghargai cita rasa asli dan tekstur mi yang memikat. Setiap produk Meet Mee dihasilkan dengan teliti agar sesuai dengan gaya hidup moden pengguna hari ini.
“Chilli Wantan Mee adalah simbol gabungan antara kualiti dan rasa, sesuatu yang kami yakin akan menjadi kegemaran rakyat Malaysia,” ujar wakil Meet Mee.

Chef Nisa Bakri pula menyifatkan kerjasama ini sebagai peluang memperluas pengaruh makanan tempatan melalui pendekatan digital dan kontemporari. Kolaborasi ini adalah usaha untuk memartabatkan jenama tempatan, menjadikan produk Malaysia relevan di pasaran yang lebih luas – bukan sahaja di peringkat nasional, malah antarabangsa!
Pelancaran Chilli Wantan Mee bukan sekadar memperkenalkan produk inovatif – ia adalah permulaan kepada revolusi baru dalam dunia makanan segera tempatan yang halal, berkualiti, kreatif dan penuh identiti. Ia adalah simbol kolaborasi antara tradisi dan moden, antara kualiti dan kepraktisan.
Jangan lepaskan peluang untuk jadi antara yang pertama merasai sendiri gabungan luar biasa ini! – gabungan rasa, budaya dan gaya hidup masa kini yang dijelmakan dalam setiap suapan.



Jadi, jika anda penggemar mi pedas atau ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mengujakan, inilah masanya. Kunjungi TikTok rasmi mereka dan alami sendiri keunikan rasa Chilli Wantan Mee – mi wantan pedas yang bakal menjadi kegemaran baru rakyat Malaysia yang pasti membuat anda jatuh cinta dari suapan pertama.

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.