Home BisnesWisma NKMH Media Sdn Bhd Tersergam Megah!

Wisma NKMH Media Sdn Bhd Tersergam Megah!

by NoKomen
3.4K views
NKMH Media Sdn Bhd

Wisma NKMH Media Sdn Bhd

Syarikat agensi pengiklanan, NKMH Media Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan pembukaan pejabat urusan yang baharu atau dikenali dengan Wisma NKMH bertempat di Jalan Setia Dagang, Setia Alam pada 27 November lalu.

Diacarakan berdurasi dua sesi, di sebelah pagi dengan bacaan doa selamat manakala disebelah petang pula sebagai acara rasmi majlis perasmian yang turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, rakan kongsi, klien, kenalan terdekat dan ahli keluarga.

Majlis santai ini diadakan bagi meraikan kejayaan dan usaha pihak pengurusan serta para pekerja di NKMH Media yang sebelum ini bertapak dalam industri di sebuah premis rumah kedai di Petaling Jaya sejak April 2017.

Selain tujuan utama untuk memperkenalkan NKMH Media dilokasi yang baharu, ia juga agar dapat memberi inspirasi dan semangat kepada para usahawan tempatan dan bumiputera lain kelak.

Nur Khairunnisa Rosli, Pengarah Urusan

Nur Khairunnisa Rosli, Pengarah Urusan

Pengarah Urusan, Nur Khairunnisa Binti Rosli, kejayaan yang dicapai hari ini adalah berkat kesabaran dan kerja keras bagi membangunkan syarikat ini. Tidak ketinggalan, dengan tunjuk ajar dari mentor dalam bidang perniagaan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang banyak memberi semangat dan bekalan sehingga mampu berapa di tahap ini.

Melalui pengalaman terdahulunya selama 6 tahun di dalam bidang pengiklanan, beliau yang berasal dari Taiping ini mengorak langkah dengan menjalankan perniagaanya sendiri. Walaupun begerak tanpa modal, pengalaman, kesabaran dan sokongan keluarga merupakan titik tolak di atas segala pencapaian kini, katanya.

Hafiz Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif

Hafiz Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif


En Azizul Hakim, Planning Director

En Azizul Hakim, Planning Director

Bermula berdua bersama suami tercinta, Hafiz Yahaya yang juga merupakan seorang bekas anggota polis dari membekalkan khidmat pengiklanan holistik iaitu ‘billboard’ secara ‘offline’ sehingga kini telah berjaya meluaskan empayarnya kepada 4 lagi cabang atau perkhidmatan dibawah kendaliannya; NKMH Media Digital, NKMH Media Creative, NKMH Media Online dan NKMH Mass Media.

“Saya sendiri juga pernah bertugas sebagai anggota polis berpangkat Koperal. Tapi saya nekad ambil tindakan melepaskan jawatan tersebut pada 8 September lalu dan sepenuh masa mengukuhkan empayar syarikat ini bersama isteri, ujar Hafiz Yahaya selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

“Saya cuba buktikan dengan berniaga sendiri juga boleh berjaya berbanding makan gaji,” kata anak sulung empat beradik itu.

Perasmian Wisma NKMH

BACA: NKMH Media Beri 5 Kejutan Pada Pekerja #BackToOffice

Wisma NKMH Media Sdn Bhd

NKMH Media Sdn Bhd yang mula bertapak dalam industri dari tahun 2017 sehingga kini telah mempunyai lebih dari 300 usahawan tempatan yang telah berjaya menempa nama bersama kami antaranya Sugarbomb, Eskayvie, Aqiqah Centre dan banyak lagi.

Dengan slogan #BeyondYourBrandSuccess, NKMH Media dikenali sebagai agensi pengiklanan yang kreatif, berdaya saing dan diyakini oleh para usahawan. Selain itu, syarikat ini juga optimis untuk mengembangkan lagi kepakaran dan meluaskan potensi syarikat menuju ke arah globalisasi.

Setelah hampir tiga bulan proses ubah suai dijalankan, pada Ogos tahun ini, Wisma NKMH telah mula beroperasi secara penuh dengan menempatkan sebanyak 35 orang pekerja.

“Tanpa sokongan dan doa kedua-belah ibu bapa, dan keiizinan Allah S.W.T kami tidak akan berada dimana kami sekarang”, jelas mereka.

Pemberian kami ini tidaklah seberapa berbanding pengorbanan mereka selama ini, tambah Nissa sejurus selepas Majlis kejutan penyampaian hadiah berupa sebuah kereta mewah, Mercedez Benz kepada kepada ibu dan bapa mertuanya yang juga bekas anggota polis marin, Che Yahaya Talib, dan Salina Sahat.

“Ini bukan gimik. Tapi tanda hati ikhlas saya dan isteri untuk mereka yang didatangkan khas dari Pulau Pinang. Kami jarang balik bertemu mereka semenjak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Kereta mewah itu juga antara idamannya selama ini namun belum rezeki untuk dimiliki. Dari pencapaian yang kami perolehi, kenapa tidak hadiahkan sesuatu yang simbolik di hatinya,” kata Hafiz.

NKMH Media memegang cita-cita untuk membantu sebanyak 10,000 usahawan menjelang tahun 2030, beliau menganggap perasmian pejabat baharu ini sebagai batu loncatan dan permulaan ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025