Home HiburanZarina Anjoulie Pula Buat Laporon Polis

Zarina Anjoulie Pula Buat Laporon Polis

by NoKomen
1.1K views
Zarina pula lapor polis | Harian Metro

[ad_1]

 

PELAKON Zarina Anjoulie Lavocah membuat laporan polis terhadap tiga pelakon yang juga ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berikutan beberapa tindakan mereka yang mengaibkannya dalam satu kumpulan aplikasi Telegram dan media sosial.

Menurutnya, itu adalah tindakan awal yang diambil sebelum dia mengemukakan saman malu terhadap mereka.

“Saya tak boleh nak kongsikan nama mereka, tetapi ia terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita. Mereka memfitnah saya dalam Telegram dan memburukkan saya. Sebelum saya nak teruskan dengan saman malu, saya kena buat laporan polis terlebih dahulu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, salah seorang daripada individu itu menafikan pembabitannya dalam Telegram itu dan mengatakan bahawa dia difitnah.

“Saya ada bukti kukuh mengenai kewujudan Telegram itu dan saya dah rakamkan keseluruhan perbualan mereka. Kalau gambar, mungkin ada yang mengatakan ia boleh disunting. Tapi, saya rakam dalam bentuk rakaman layar dan itu adalah asli,” katanya.

Katanya, dia sendiri tak faham kenapa ada pihak yang membuat laporan polis terhadapnya sedangkan ada beberapa selebriti lain antaranya pengarah, Mamat Khalid dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim turut berkongsi pendapat yang sama dengannya.

“Adakah mereka tak berani nak ambil tindakan terhadap Abang Mamat dan Datuk Rizalman sebab tak dapat ‘job’ berlakon dan tajaan pakaian selepas ini? Saya dah tahu sangat dah perangai mereka,” katanya.

Ditanya sama ada pelakon-pelakon yang terbabit menghubunginya secara peribadi untuk berbincang, Zarina berkata tidak ada.

“Setakat ini, tak ada lagi antara mereka yang menghubungi saya. Yang ada pun, anak kepada pelakon Didie Alias yang menghubungi saya menerusi mesej dan memohon maaf bagi pihak ibunya,” katanya.

Zarina turut memuat naik video di IGTV Instagramnya berkongsi mengenai perkara yang sama.

 



[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025