Home BisnesDr Madeline Berma: Telefon Pintar Tidak Memadai – IKS

Dr Madeline Berma: Telefon Pintar Tidak Memadai – IKS

by NoKomen
275 views
#MyAPEC2020: Ekonomi digital luar bandar, telefon pintar tidak memadai

Dr Madeline Berma: Ekonomi digital luar bandar, telefon pintar tidak memadai

Pakar ekonomi, Dr. Madeline Berma berkata penggunaan telefon pintar sahaja tidak memadai untuk meletakkan para IKS luar bandar di tahap yang membanggakan dalam penggunaan ekonomi digital.

Kawasan luar bandar perlu menjadi fokus kepada usaha pembangunan ekonomi digital pada tahun 2020 lantaran tahap pendedahan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) yang dilihat masih pada tahap lemah.

“Kebanyakan penduduk di luar bandar ini mereka terdiri daripada golongan remaja serta golongan yang tidak begitu mahir dalam penggunaan ICT kerana mereka yang mahir dan berkelulusan dalam ICT telah berhijrah ke bandar.

“Jadi mereka yang tinggal di luar bandar ini hanya menggunakan telefon pintar untuk memasarkan produk dan itu bukan ekonomi digital yang sepenuhnya.

“Apa yang sepatutnya berlaku adalah wujudnya transaksi kewangan, mereka boleh mengambil pesanan, boleh merekod sumber manusia, lejar, blok rantaian dan sebagainya… Ini yang penduduk IKS luar bandar sering hadapi,” katanya.

 

 

[ad_1]

 

 

Madeline yang banyak membuat kajian berkenaan perusahaan mikro-kecil dan penglibatan wanita dalam perniagaan berpandangan terdapat pelbagai lagi cabaran pelaksanaan ekonomi digital selain isu infrastruktur.

Jelasnya, isu kepercayaan terhadap ekonomi digital turut menjadi cabaran ekoran penggiat IKS di luar bandar lebih memilih pendekatan perniagaan konvensional.

“Mereka (penggiat IKS luar bandar) ramai yang tidak percaya bahawa ekonomi digital ini boleh membawa banyak faedah kepada mereka sebab golongan yang menggunakan ekonomi digital ini kebanyakannya orang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan mereka sangat percaya tentang keupayaan ekonomi digital ini.

“Mereka ini mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan. Tetapi mereka di luar bandar ini lebih suka menggunakan teknik lama, pendekatan tradisional, jual secara ‘mulut ke mulut’ atau jual secara yang biasa kita gunakan daripada guna pemasaran digital dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan Laporan Polisi Ekonomi APEC 2019: Reformasi Struktural dan Ekonomi Digital yang dikeluarkan minggu ini.

Ia menggariskan peluang dan cabaran dalam ekonomi digital yang perlu diberi perhatian termasuk buat Malaysia yang memegang kepengerusian APEC 2020.

 



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025