Home BisnesPNB Umum Barisan Kanan Baharu

PNB Umum Barisan Kanan Baharu

by NoKomen
204 views
PNB umum barisan kanan baharu

PNB umum 16 pengurusan kanan baharu, wujudkan bahagian Perbendaharaan

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) mengumumkan barisan kepimpinan baharunya, serta persaraan Timbalan Presiden, Pelaburan Strategik dan pelantikan Ketua Perbendaharaan Kumpulan yang baharu.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, pasukan baharu itu terdiri daripada 16 anggota pengurusan kanan yang masing-masing mengetuai fungsi perniagaan teras dalam PNB.

Mereka yang terbabit adalah Datuk Mohd Nizam Zainordin yang dilantik sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Hanizan Hood sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (Pasaran Awam) dan Mohammad Hussin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Bhd.

Mohamad Idros Mosin pula dilantik sebagai Ketua Kumpulan Pelaburan Strategik.

 

 

[ad_1]

 

 

Turut menyertai pasukan itu ialah Hafizuddin Sulaiman sebagai Ketua Kumpulan Bahagian Perbendaharaan yang baru diwujudkan, bertanggungjawab ke atas pengurusan modal dan kecairan keseluruhan perniagaan, termasuk pengurusan dana dan liabiliti.

“Fungsi baharu itu diwujudkan sejajar dengan strategi pelbagaian portfolio keseluruhan PNB, termasuk meningkatkan pendedahan pelaburan global,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Hafizuddin membawa pengalaman luasnya dalam bidang pengumpulan dana dan pelaporan kewangan ketika berkhidmat di Khazanah Nasional Bhd dan Ernst & Young Kuala Lumpur.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pelaburan Strategik PNB, Datin Paduka Kartini Abdul Manaf bersara selepas 36 tahun berkhidmat, berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Dengan persaraannya, Bahagian Pelaburan Strategik dan Pasaran Persendirian yang berada dalam bidang kuasa beliau sebelum ini, kini melapor terus kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Jalil Rasheed.

 



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025