Home SukanGuardiola Tidak Pasti Sterling Cergas Lawan Real Madrid

Guardiola Tidak Pasti Sterling Cergas Lawan Real Madrid

by NoKomen
245 views
Guardiola tidak pasti Sterling cergas lawan Real Madrid

[ad_1]

PEP Guardiola percaya Manchester City akan turun tanpa Raheem Sterling selama beberapa minggu dan dia tidak pasti penggempur itu sempat cergas untuk menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Ahad lalu, penggempur England, Sterling, mengalami kecederaan paha sewaktu City tewas 2-0 di tangan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan bakal terlepas aksi di laman sendiri menentang West Ham United.

City masih belum menjelaskan secara terperinci kecederaan yang dialami Sterling dan Guardiola tidak dapat memberi sebarang jaminan pemain berusia 25 tahun itu akan sedia untuk kembali beraksi sebelum penghujung bulan ini.

Selepas aksi menentang West Ham, City akan mengharungi tempoh rehat pendek sebelum menentang Leicester City pada 22 Februari depan dan berkunjung ke Santiago Bernabeu, empat hari kemudian.

Kehilangan tonggak utama seperti Sterling dilihat memberikan tamparan hebat buat City dalam usaha menundukkan pendahulu LaLiga, Real.

Ditanya tentang situasi Sterling ketika sidang media, Guardiola berkata: Sudah tentu ia memerlukan beberapa minggu tetapi kami akan lihat sebelum berdepan Leicester, Real dan aksi lain. Ketika ini, saya tidak tahu.

“Ia satu masalah. Kecederaan sentiasa menjadi masalah tetapi itulah hakikatnya.”

Guardiola berkata isu kecederaan adalah sesuatu yang tidak bernasib baik terutama buat pemain.



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025