Home Bisnes‘Bazar Ramadan 2022’ Di Lulu Hypermarket

‘Bazar Ramadan 2022’ Di Lulu Hypermarket

by NoKomen
3.8K views
Bazar Ramadan 2022 Lulu Hypermarket, Setia City Mall

Bersempena dengan Bulan Suci Ramadan yang akan datang, Lulu Hypermarket dan Department Store akan menganjurkan Bazar Ramadan 2022 dari 14 Mac hingga 04 Mei ini di Setia City Mall.

Majlis Pelancaran ‘Bazar Ramadan 2022′ ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Rosol Bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP baru-baru ini pada 14 Mac 2022.

Lulu Group Retail Sdn Bhd adalah rangkaian Pasar Raya Besar yang telah beroperasi sejak 2000 dan mempunyai 4 cawangan Lulu Hypermarket dengan kapasiti pekerja melebihi 30,000 dari pelbagai negara. Mr. MA Yousuf Ali merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan yang beribu pejabat di Abu Dhabi.

Mr. MA Yousuf Ali, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Lulu

Promosi ‘Bazar Ramadan 2022’ yang berlangsung selama sebulan di Lulu Hypermarket, Setia City Mall ini menawarkan potongan harga sehingga 50% dan merupakan tawaran terbaik berbanding pesaing kami ke atas barangan kelengkapan rumah, bagasi serta kasut disamping promosi ‘Power Deals’ di bahagian Department Store bagi barangan elektrik, elektronik, dan IT & Mobil pada harga yang menakjubkan.

Antara jenama-jenama yang turut serta adalah seperti Samsung, Sony, Philips, LG, Harman Kardon, Beko, Teka, Salpido, Cliptec, Tefal, Pensonic, Elba, Luminarc, Homewell dan banyak lagi.

Bazar Ramadan 2022 Lulu Setia City Mall
YB Dato' Rosol Bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP diiringi En. Asif Moidu Ahamed, Regional Director Lulu Group
YB Dato’ Rosol Bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP diiringi En. Asif Moidu Ahamed, Regional Director Lulu Group (tengah)

Juga tidak lupa promosi mingguan kami – ‘Weekend Flash’ yang bermula dari 8 – 11 April 2022 ke atas barangan terpilih yang turut membantu anda berjimat.

Jom dapatkan segala keperluan berbuka puasa anda di sini dengan pelbagai pilihan barangan berkualiti dari sayur-sayuran serta buah-buahan yang segar, daging dan makanan laut, delikataseen, makanan panas siap dimakan, bakeri dan tidak terlepas barangan kesihatan serta wangian. Jangan lepaskan peluang ini!

Selain Bazar Ramadan, Lulu mempunyai banyak promosi yang sedang berlangsung antaranya pembelian pelanggan bernilai RM50 dari bahagian pasar raya akan layak mendapat baucar pemotongan RM25 yang boleh ditebus dengan pembelian bernilai RM100 dari bahagian gedung serbaneka, tawaran ini sah sehingga 20 Mac 2022.

4 usahawan wanita berjaya di Lulu Hypermarket

Di majlis perasmian ini juga Lulu yang tampak sangat berbangga dengan kejayaan Usahawan Wanita khususnya di Malaysia turut mengambil kesempatan memberi penghargaan kepada 4 usahawan wanita berjaya di Lulu Hypermarket bersempena hari Wanita sedunia lalu.

Jika anda tidak berkesempatan mengunjungi cawangan Lulu Hypermarket, boleh terus membeli secara dalam talian di platfom e-dagang mereka iaitu luluhypermarket.com dengan penghantaran secara terus ke depan pintu anda.

Antara produk tempatan yang turut serta dalam Bazar Ramadan 2022 Lulu di Setia City Mall, Kudap Kudap Chemilan
Antara produk tempatan yang turut serta dalam Bazar Ramadan 2022 Lulu di Setia City Mall, Kudap Kudap Chemilan

Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025