Home BisnesSUKE TV Meterai Kerjasama Dengan Meranti Nexus, Siaran TV Membeli-belah Di Rumah

SUKE TV Meterai Kerjasama Dengan Meranti Nexus, Siaran TV Membeli-belah Di Rumah

by NoKomen
6.3K views
Suke TV & Mranti Nexus

Rangkaian siaran tempatan SUKE TV yang diasaskan oleh Dato’ AC Mizal kini terus mengorak langkah dalam memperkasakan bidang perniagaan tempatan dengan pencetusan memorandum perjanjian bersama MRANTI Nexus dalam sebuah majlis pada 8 Mac lalu.

Majlis turut dihadiri oleh Pengasas dan Pengarah SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida; Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain, serta barisan pengurusan kedua-dua belah pihak.

MRANTI Nexus merupakan sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) yang menawarkan sokongan teknologi, kemudahan, perkhidmatan dan pengurusan dalam pembangunan produk dan bio-pemprosesan produk suplemen kesihatan yang inovatif.

Dari Kiri: Datin Emylia Rosnaida, Pengasas dan Pengarah SUKE TV; Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Puan Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Nexus; Encik Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus; dan Tuan Syed Zulkifli Syed Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan MRANTI Nexussemasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus
Dari Kiri: Datin Emylia Rosnaida, Pengasas dan Pengarah SUKE TV; Dato’ AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Puan Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Nexus; Encik Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus; dan Tuan Syed Zulkifli Syed Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan MRANTI Nexussemasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus

Melalui kerjasama ini akan menyaksikan kedua-dua pihak berganding bahu dan bekerjasama menyokong usahawan tempatan untuk mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menyokong kualiti produk buatan Malaysia dan kebolehan usahawan tempatan, SUKE TV mengambil initsiatif mencipta sebuah platform agar peniaga tempatan dapat mempelopori inovasi dan memperkasakan ekonomi.

Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, menyampaikan ucapan beliau semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus.
Dato’ AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, menyampaikan ucapan beliau semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus.

Sejajar dengan visi dan usaha SUKE TV, peniaga tempatan kini memiliki akses yang lebih mudah, senang dan berpatutan untuk pengiklanan dan pemasaran produk-produk mereka di rangkaian televisyen mahupun digital yang diyakini akan menyumbang kepada peningkatan penglibatan penonton, jualan dan pemasaran produk-produk buatan Malaysia.

Selain memberi pengalaman membeli-belah terus ke rumah, inisiatif ini juga akan meningkatkan kesedaran jenama tempatan dan membantu mengekalkan pelanggan melalui kepelbagaian yang ditawarkan oleh rangkaian ini.

Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Dato’ AC Mizal menzahirkan rasa gembira mengenai kerjasama antara kedua-dua belah pihak dan ini juga merupakan suatu permulaan untuk pertumbuhan ekonomi yang eksponen, terutamanya untuk perniagaan tempatan.

Dari Kiri: Datin Emylia Rosnaida, Pengasas dan PengarahSUKE TV; Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus; dan Puan Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Nexus; semasa gimik Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus.
Dari Kiri: Datin Emylia Rosnaida, Pengasas dan PengarahSUKE TV; Dato’ AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus; dan Puan Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Nexus; semasa gimik Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus.

“Dengan kehadiran MRANTI Nexus, tiada halangan untuk merealisasikan pencapaian visi kami untuk terus mengukuhkan idea usahawan tempatan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di mata dunia. MRANTI Nexus merupakan perintis industri yang memiliki kepakaran dan kemudahan, dan kami berasa amat bangga dengan kerjasama yang termeterai hari ini”, tambahnya.

MRANTI Nexus menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan makmal, perkhidmatan kawal selia dan pendaftaran produk, perekaan dan pembangunan produk, pembungkusan produk, peralatan pengeluarangred tinggi serta perkhidmatan OEM produk teknologi bio dan herba.

Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus, menzahirkan keyakinan beliau terhadap peluang kerjasama MRANTI Nexus dengan sebuah organisasi yang inovatif seperti SUKE TV untuk penambahbaikan sektor perniagaan tempatan.

Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus, menyampaikan ucapan beliau semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKETV dan MRANTI Nexus.
IMAGE 3Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus, menyampaikan ucapan beliau semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKETV dan MRANTI Nexus.

“MRANTI berpandukan kepada pertukaran “Idea ke Impak” melalui penyediaan sokongan dan kerjasama erat dalam membantu penyelidik dan usahawan membangunkan produk dan solusi mereka lebih segera ke pasaran, serta menjadikan ianya lebih tersedia, mampu milik dan senang diakses pelanggan. Kami percaya lebih ramai inovator dan usahawan tempatan akan mendapat manfaat daripada platform SUKETV untuk menjangkau pasaran yang lebih luas melalui kerjasama ini,” kata beliau.

SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telahpun berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato’ AC Mizal antara 100 Top Young CEO 2021 Lifetime Achievement Icon dalam industri hiburan dan perniagaan.

@nokomendotcom

SUKE TV x Mranti Nexus, Siaran TV Membeli-belah Malaysia @mysuketv @emyliadac #SUKEtv #nokomen #malaysia #malaysiatiktok #shopping #tv #acmizal

♬ original sound – Nokomen – Nokomen

Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025