Home Pilihan NokomenLangkawi Travel Fair 2024 Tawar Pakej Serendah RM299

Langkawi Travel Fair 2024 Tawar Pakej Serendah RM299

by NoKomen
6.2K views
Langkawi Travel Fair 2024 (LTF 2024)

Buat julung kalinya, Langkawi Travel Fair bakal dianjurkan pada 16 hingga 18 Ogos 2024 ini di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur mengumpulkan 32 booth daripada pelbagai penggiat industri pelancongan Langkawi yang terdiri daripada pemilik produk, ejen pelancongan, serta hotel bertaraf tiga bintang ke bawah.

Penganjuran kali ini memberikan kelainan dimana kebiasaannya penganjuran pelancongan khususnya menyasarkan pakej-pakej lumayan yang terdiri daripada hotel-hotel 5 bintang namun kali ini lebih tertumpu kepada pakej mampu milik yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Bertemakan hashtag #LangkawiMurah, #CuticutiMalaysia, #NaturallyLangkawi dan #ExploreLangkawi menyerlahkan lagi objektif utama dalam menyangkal dan memperbaiki tanggapan dimana bercuti di Langkawi diibaratkan terlalu mahal dari semua segi, apatah lagi ianya hanya percutian domestik mengalahkan antarabangsa.

Pemilihan lokasi penganjuran Langkawi Travel Fair di Datum Jelatek Shopping Centre dipilih berlandaskan beberapa faktor kerana sasaran kami adalah bagi pelancong di sekitar Lembah Klang, terutamanya dari Negeri Selangor dan Wilayah Persekutan dimana statistik menunjukkan 70% pelancong ke Langkawi adalah dari Lembah Klang. Selain itu, terdapat akses kemudahan pengangkutan LRT bersebelahan bagi kemudahan pengunjung yang dianggarkan seramai 15,000 orang sepanjang tiga hari penganjuran.

Majlis pelancaran Langkawi Travel Fair 2024 disempurnakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dato Hj Mohd Suhaimi Hj Abdullah yang dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dengan kerjasama DatumCorp International, dan disokong oleh Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan mempromosikan Langkawi secara berterusan sebagai destinasi percutian yang menarik dan mampu bersaing dengan destinasi lain di Malaysia bersama agensi kerajaan bagi mencapai sasaran 3 juta pelancong menjelang 31 Disember 2024.

Turut hadir Presiden Persatuan Pelancongan Langkawi selaku penganjur, Zainudin Kadir; Pegawai Pemantau Operasi Datumcorp International Sdn Bhd, Tengku Khairil Azwan Tengku Abdul Samad; Pengurus Pelancongan dan Geopark LADA, Dr. Azmil Munif Bukhari dan Konsultan Pengurusan Projek Malaysia Datum Cultural Centre, Dato Azlie Halim.

Antara tarikan utama Langkawi Travel Fair yang menyasarkan kutipan jualan sebanyak RM1 juta adalah pakej percutian yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan bermula serendah RM299. Pengunjung juga berpeluang mendapat potongan harga antara 10% hingga 40% untuk pakej-pakej yang ditawarkan semasa acara berlangsung.

Selain itu, pakej-pakej yang dibeli semasa acara ini adalah sah sehingga Februari 2025, bertepatan dengan Tahun Melawat Kedah. Ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk merancang percutian mereka pada masa hadapan dengan lebih fleksibel.

Penganjur juga berhasrat untuk menjadikan Langkawi Travel Fair sebagai acara tahunan yang akan menjelajah ke bandar-bandar utama dan bandar kedua di seluruh Malaysia. Ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengenali dan mengunjungi Langkawi sebagai destinasi percutian pilihan mereka.

Dengan pakej percutian yang menarik, diskaun hebat, dan promosi yang berterusan, Langkawi Travel Fair diharapkan dapat menarik minat ramai pelancong untuk mengunjungi Langkawi dan menjadikannya sebagai pulau peranginan nombor satu di Malaysia serta salah satu pulau tercantik di dunia.

Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai keindahan dan keseronokan Langkawi! Mari bersama-sama menjadikan Langkawi destinasi pelancongan pilihan.

Langkawi International Folding Bike Challenge 2024

Langkawi International Folding Bike Challenge (LIFBC) adalah acara berbasikal tahunan yang diadakan di Langkawi, Malaysia, dan edisi ke-3 akan berlangsung pada 24 Ogos 2024 di Parking Zon B, Mahsuri International Exhibition Centre bersempena dengan Langkawi Travel Fair.

Acara ini dianjurkan oleh LTA Event Management dan bertujuan untuk mempromosikan aktiviti berbasikal serta keindahan alam semula jadi Langkawi.

LIFBC 2024 menawarkan dua kategori menarik iaitu:

  • Lumba 65KM: Rute ini mencabar dan sesuai untuk pelumba yang ingin menguji kemampuan mereka.
  • Kayuhan Santai 30KM: Rute ini lebih santai, membolehkan peserta menikmati pemandangan indah seperti sawah padi, suasana kampung yang menawan, serta flora dan fauna yang kaya.

Acara ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Polis Diraja Malaysia, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memastikan keselamatan semua peserta. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Langkawi International Folding Bike Challenge 2024!


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025