[ad_1]
Putrajaya, 26 September 2020 – Pernah gagal dalam perniagaan dan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit tidak mematahkan semangat pasangan suami isteri yang merupakan anak jati Felda Redong, Segamat, Johor untuk bangkit semula dalam perniagaan menerusi produk Zafesha Simply Foundation.
Pengasas Zafesha Networking & Marketing Sdn Bhd (Zafesha Networking) iaitu Afizam Abdul Aziz merupakan bekas penjawat awam dan isterinya, Siti Aisah Muhamad Hamim pula pernah bekerja sebagai jururawat.
Mereka nekad meninggalkan kerjaya tersebut dan tidak pernah berputus asa walaupun gagal setelah mencuba lebih 10 jenis perniagaan sebelum menubuhkan syarikat itu.

Disebabkan persaingan dalam bidang kosmetik, Afizam dan isterinya mengambil keputusan untuk membuat produk bedak asas khas untuk pelanggan yang berumur 35 tahun dan ke atas.
Zafesha Simply (ZS) Foundation diformulakan khas untuk solekan biasa dan digunakan secara harian oleh wanita berumur 35 tahun ke atas.
Selain itu, ia juga merupakan bedak yang boleh membantu mengurangkan jeragat dengan penggunaan kerap dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pengiktirafan sijil halal daripada Jakim. (NOT180408088K)

Pada 2020, jenama ini melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan duta rasmi Zafesha, Datin Alyah. Lebih membanggakan, Zafesha turut memperkenalkan wajah baharu Zafesha Simply Foundation dengan dua kod warna.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Dorsett, Putrajaya ini dimulakan dengan persembahan lagu tema Zafesha oleh DJ Fuzz nyanyian Eleena Harris selain persembahan dari Duta produk sendiri, Datin Alyah dan seterusnya Hael Husaini.
Disamping itu, turut menganjurkan Seminar Zafesha ‘The New Conqueror’ oleh Sifu Jamal, Sifu Fbads untuk ejen berdaftar.
Selesai majlis perasmian satu sesi ramah mesra antara duta, barisan staf dan barisan ejen berdaftar turut diadakan.
Pada majlis yang sama, turut dilancarkan ialah 30 billboard tambahan di lebuhraya terpilih sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.
Pengasas Zafesha, Siti Aisah Muhammad Hamim memberitahu, perlantikan penyanyi, Noor Hasliah binti Abu Hasan atau lebih dikenali dengan Datin Alyah untuk tempoh 12 bulan sesuai dengan sasaran kumpulan pengguna Zafesha Simply.
“Personaliti beliau sebagai wanita aktif, sentiasa terdedah kepada UV dan pencemaran lain dan sentiasa memerlukan pelindungan kulit wajah turut menjadi faktor utama,” katanya,


Mengulas lanjut, Alyah yang juga isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS memberitahu dia menerima tawaran menjadi duta itu kerana kedua-dua pihak mempunyai satu misi yang sama.
“Tapi saya tertarik kerana produknya adalah organik dan yang penting ada tolak ansur untuk kami bekerjasama,” katanya.
Selama dua bulan saya mencuba sendiri produk tersebut sebelum bersetuju menjadi duta. Ini kerana saya tidak mahu menjadi selebriti yang menipu pengguna semata-mata kerana mahu menjual atau berniaga, tambahnya.
Dalam pada itu, pihak Zafesha berharap jenama ini lebih dikenali dan menjadikan rangkaian produk Zafesha Simply sebagai pilihan.

Penghargaan diberikan kepada Reseller/Dropshipper Zafesha pada Majlis Pelancaran Duta & Wajah Baharu Zafesha
“Kami juga ingin memberi peluang kepada orang yang mencari peluang pekerjaan atau suri rumah untuk menjadi ejen berdaftar– tidak memerlukan sebarang modal. Selain itu, Zafesha akan memberi sokongan pemasaran (iklan di radio, akhbar, TV) dan sentiasa mengekalkan kualiti produk,” kata Afizam.
Tambahnya lagi, bermula dari November 2020 ini, pihak Zafesha Networking akan memberi ganjaran istimewa antaranya sebuah kereta Proton X50 kepada ejen yang mencapai sasaran selama setahun yang ditetapkan berakhir pada Oktober 2021.
Antara kelebihan menjadi ejen Zafesha ialah jenama ini ada kepakarandengan memberi latihan secara dalam talian, kelebihan menjual iaitu komisyen tinggi dan harga tetap (tiada dominasi harga).


BACA: Birdnest Facial Radiance by PNA Bantu Penjagaan Kulit
Untuk maklumat lanjut & pendaftaran Dropship, layari
[ad_2]

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.