fbpx
Home Bisnes Birdnest Facial Radiance by PNA Bantu Penjagaan Kulit

Birdnest Facial Radiance by PNA Bantu Penjagaan Kulit

by NoKomen
232 views
Birdnest Facial Radiance by PNA, Hotel Concorde Kuala Lumpur

 

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2020 – Pengasas PNA Legacy Sdn. Bhd, Puan Nadya Abdullah (PNA) hari ini melancarkan produk baharu, Birdnest Facial Radiance by PNA (BNFR) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran anjuran newsfeedmalaysia ini bertemakan Glamorous Fairytale dihadiri seramai 220 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PNA – Queen of Bird, Titan, Leader, Master Stokis, Stokis, dan juga PNAsquad; para media dan bloggers.

Turut dimeriahkan lagi dengan penampilan pasangan pengacara sensasi Bintang bersama Bintang, Elly Mazlein yang lebih mesra dipanggil sebagai Kak Lina Pompom dan Shuk Sahar sebagai pengacara majlis.

 

Birdnest Facial Radiant

elly-mazlein-shuk-sahar-birdnest-facial-radiance

 

Birdnest Facial Radiance by PNA merupakan produk yang berfungsi 2 dalam 1, sebagai pencuci muka dan pencuci make up (make up remover) ini dihasilkan bagi membantu pengguna membersihkan kulit dari dalam, menanggalkan make up dengan mudah, mencegah dan mengatasi jerawat, mencerahkan kulit wajah, membantu mengurangkan jeragat, menghaluskan kulit, mengangkat sel kulit mati, mengurangkan radang kulit, meningkatkan daya penyembuhan kulit, bertindak sebagai antiseptic, mengatasi kulit berminyak dan mengurangkan risiko kulit sensitif.

BNFR direka dalam tiub agar lebih mudah dibawa dan boleh digunakan pada bila-bila masa dengan harga yang mampu milik serendah RM20 sahaja.

 

Birdnest Facial Radiance by PNA Owners

 

“BNFR adalah produk kedua keluaran PNA Legacy Sdn. Bhd yang telah mendapat kelulusan makmal (labtest) serta mempunyai kelulusan KKM, dan tidak membahayakan kesihatan”, jelas Puan Nadya Abdullah.

BNFR merupakan salah satu produk pencuci muka buatan Malaysia yang berkualiti. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau kerana ianya sememangnya selamat. Malahan proses penghasilannya juga amat teliti.

“Doakan agar BNFR terus mendapat tempat di hati pengguna.”

Dalam pada itu, PNA turut mengajak orang ramai terutamanya para suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #SquadPNA.

“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM75 sahaja”, jelasnya.

 

Majlis pelancaran Birdnest Facial Radiance by PNA, Hotel Concorde Kuala Lumpur

Puan Nadya Abdullah dan Mazrulhisyam Muhammad

 

Dalam majlis ini, PNA turut melancarkan muzik video dan lagu bagi produk BNE by PNA yang dinyanyikan oleh Datin Alyah, menyaksikan klip video lakonan semula perjalanan sebelum bergelar usahawan bersama suami yang merupakan pengasas bersama, Mazrulhisyam Muhammad.

Klip video berdurasi 3 minit itu dihasilkan sebagai inspirasi kepada #PNAsquad dan orang ramai agar tidak mudah putus asa dalam usaha mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

 

 

“Klip video ini memaparkan penceritaan sebenar bagaimana jatuh bangunnya kami bersama demi sesuap nasi. Nak beli susu anak, pampers anak memang sangat sukar masa itu. Kami buat macam-macam dan Alhamdulillah, Allah dengan doa kami. Akhirnya berkat kesabaran dan usaha, kami dapat apa yang tidak pernah terjangkau dek akal”, jelasnya lagi.

Meskipun produk ini baru sahaja dilancarkan, ia telah terjual sebanyak 450 ribu unit.

 

Tema Glamorous Fairy Tale, Birdnest Facial Radiance

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x