fbpx
Home Hiburan Zarina Anjoulie Lavocah Lantik Barisan Peguam Baru

Zarina Anjoulie Lavocah Lantik Barisan Peguam Baru

by NoKomen
125 views
Zarina Anjoulie Lavocah Lantik Barisan Peguam Baru - Nurul Hafidzah Hassan

Selebriti, model dan usahawan, Zarina Anjoulie Lavocah melantik barisan peguam baru untuk mewakili beliau bagi kes saman fitnah Fara Mendoza setelah bekas peguamnya diserang strok dan tidak dapat dihubungi.

Zarina menyangkakan bahawa peguam yang dilantik terdahulu telah melindungi haknya dan mengusahakan untuk memenangi kes tuntutan tersebut sehinggalah beliau membaca berita di akhbar dan mendapati tahu bahawa Fara Mendoza telah menyamannya. Berita tersebut melaporkan yang Fara memenangi kes tersebut pada 5 Jun 2020.

Untuk mendapatkan pengesahan berita tersebut, Zarina telah cuba menghubungi peguam beliau namun gagal dan terpaksa pergi ke mahkamah pada 8 Jun 2020 dan mendapati berita yang dilaporkan di media adalah benar; terdapat saman dan penghakiman bagi kesnya.

Sehubungan dengan kepastian dari mahkamah, Zarina telah melantik barisan peguam baru yang terdiri dari Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors, Advocates and Solicitors.

BACA: Fara Mendoza Menang Saman Terhadap Zarina Anjoulie

Menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan, pihaknya telah memeriksa dengan Badan Peguam Malaysia dan mendapati firma guaman yang mewakili anak guamnya, Zarina Anjoulie Lavocah sebelum ini, tidak aktif dan telah ditutup.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli juga mewakili Zarina Anjoulie Lavocah bagi kes saman fitnah yang diambil ke atas defendan Amyza Aznan dan defendan Emelda Rose.

“Zarina Anjoulie Lavocah telah memfailkan permohonan mengenepikan penghakiman tersebut di Mahkamah Tinggi Malaya di Negeri Sembilan pada 24 Jun 2020 dan telah dimeteraikan oleh mahkamah pada 29 Jun 2020 untuk membolehkan anak guam kami membela dirinya. Pihak masih dalam proses membalas afidavit,” tambah peguam Nurul Hafidzah Hassan.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli juga mewakili Zarina Anjoulie Lavocah bagi kes saman fitnah yang diambil ke atas defendan Amyza Aznan dan defendan Emelda Rose.

Sumber

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x