Home Sukan29 Pemain Harimau Malaya Kem Latihan Pusat Mac 2021

29 Pemain Harimau Malaya Kem Latihan Pusat Mac 2021

by NoKomen
1.1K views
Harimau Malaya 2021

[ad_1]

 

 

Berikut senarai nama 29 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari di Johor Bahru, Johor bermula Isnin, 22 Mac 2021 hingga Selasa, 30 Mac 2021.

Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di UAE yang mana Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun 2021.

Daripada senarai tersebut, Cheng Hoe masih mengekalkan seramai 17 pemain dari skuad 23 pemain Harimau Malaya bagi dua aksi terakhir kelayakan sebelum ini iaitu bertemu Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 dan 19 November 2019.

Sementara baki enam pemain lain tidak disenaraikan bagi kem latihan pusat kali ini iaitu penjaga gol Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syazwan Andik Ishak, Baddrol Bakhtiar, Azzizan Nordin serta Safawi Rasid yang mengalami kecederaan pada aksi Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim FC bertemu UiTM FC, Sabtu lalu.

Bagi melengkapkan senarai 28 pemain yang dipanggil kali ini, Cheng Hoe telah menyenaraikan 11 pemain baharu iaitu dua penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United FC) dan Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC); Rizal Ghazali (Kedah Darul Aman FC), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC), Fazly Mazlan (Sri Pahang FC), Faisal Halim (Terengganu FC), Nazmi Faiz Mansor (Johor Darul Ta’zim FC), Ramadhan Saifullah Usman (Johor Darul Ta’zim FC), Shahrel Fikri Md Fauzi (Selangor FC), Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) dan pemain naturalisasi terbaharu negara, Guilherme de Paula (Perak FC).

“Saya tidak memanggil dua lagi pemain yang beraksi di kelab luar negara iaitu Liridon Krasniqi (Newcastle Jets) dan Junior Eldstal (Chonburi FC) kerana tempoh kuarantin untuk masuk ke Malaysia dan kembali ke Australia dan Thailand menjadi kesukaran untuk mereka menyertai kem latihan pusat kali ini.

“Lagipun kedua-dua pemain ini saya lihat sedang meningkatkan persembahan dan prestasi masing-masing bersama kelab baharu mereka ini.

“Jadi saya kira lebih baik mereka menyertai kem latihan pusat pada Mei nanti dengan prestasi yang lebih baik selepas mendapat aksi minit permainan di Liga Australia dan Liga Thailand.

“Bagi Luqman Hakim pula, memang dari tahun lepas kita rancang nak panggil dia sertai kem latihan pusat ini. Jadi ini peluang terbaik untuk kita melihat tahap fizikal, keyakinan dan corak permainannya selepas lebih enam bulan bersama KV Kortrijk di Belgium,” kata Cheng Hoe.

Dalam pada itu, enam pemain diletakkan dalam senarai menunggu, jika terdapat mana-mana daripada 28 pemain yang berada dalam senarai dipanggil kali ini disahkan mengalami kecederaan oleh doktor pasukan.

Mereka terdiri daripada penjaga gol, Samuel Somerville (Penang FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC), Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), S. Kumaahran (Melaka United FC) dan Darren Lok (PJ City FC).

Cheng Hoe turut menyatakan bahawa kemudahan lengkap yang dimilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi faktor utama kem latihan pusat kali ini diadakan di Johor Bahru.

“Kem latihan pusat di Johor Bahru kali ini pastinya akan dapat membantu kami untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik bagi menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan memandangkan JDT memiliki kemudahan pusat latihan bertaraf dunia yang mana ia adalah yang terbaik untuk bola sepak di negara ini.

“Pusat latihan mereka merupakan sebuah pusat latihan berprestasi tinggi dan sudah tentu saya mengharapkan sesuatu yang terbaik dapat dihasilkan oleh skuad kebangsaan kerana persiapan bagi tiga perlawanan terakhir ini cukup penting. Pusat Latihan JDT ini juga memiliki pusat kecergasan dan perubatan mereka sendiri, selain dapat memenuhi keperluan untuk latihan diadakan dalam pelbagai jenis permukaan padang dan ia terletak berdekatan dengan hotel penginapan pasukan.

“Dengan mengambil kira pandemik COVID-19 yang telah mengganggu persiapan kami sejak lebih setahun lalu, skuad Harimau Malaya sudah tentu memerlukan setiap kelebihan yang ada dalam persiapan yang cukup singkat ini dan semuanya dapat kami lakukan di pusat latihan yang serba lengkap ini,” ujar Cheng Hoe.

Pengendali berusia 53 tahun itu turut menjelaskan bahawa tempoh sembilan hari bagi kem latihan pusat kali ini penting untuk meningkatkan semula persefahaman para pemainnya sama ada di dalam dan juga di luar padang.

“Ini masa terbaik untuk kami fokus terhadap persiapan pasukan kerana apabila kami berkumpul pada Mei nanti, kita dah tak ada banyak masa untuk latihan kerana perlu fokus dengan persiapan tiga perlawanan terakhir kelayakan.

“Jadi kesempatan selama sembilan hari yang ada ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk memberitahu kepada kesemua 29 pemain Harimau Malaya tentang perancangan kita pada Mei nanti dan apabila mereka datang ke kem latihan pusat pada Mei, semua sudah bersedia dan benar-benar fokus untuk aksi bertemu UAE, Vietnam dan Thailand itu,” jelas Cheng Hoe.

UPDATE:
Tan Cheng Hoe telah memanggil pemain pertahanan kiri Terengganu FC, Mohammad Arif Fadzilah Abu Bakar sebagai pemain ke-29 bagi kem latihan pusat kali ini.

 

SENARAI 29 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA DARI 22 HINGGA 30 MAC 2021

Senarai 29 Pemain Harimau Malaya 2021

Goalkeeper

PlayerClubPositionDate of BirthAge
masMohd Farizal bin Marlias | GK | Johor Darul Ta'zm FC 2024Farizal MarliasGoalkeeperJune 29, 198640
masKalamullah Al Hafiz - Petaling Jaya City FCKalamullah Al-HafizGoalkeeperJuly 30, 199530
masKhairul Fahmi Che MatKhairul Fahmi Che MatGoalkeeperJanuary 7, 198937
masMohd Khairulazhan Mohd Khalid - Selangor FCMohd Khairulazhan Mohd KhalidGoalkeeperNovember 7, 198936
engmasSamuel SomervilleSamuel SomervilleGoalkeeperAugust 6, 199431

Defender

PlayerClubPositionDate of BirthAge
masAidil ZafuanAidil ZafuanDefenderAugust 3, 198738
belmasDion Johan CoolsDefenderJune 4, 199630
masDominic Tan Jun JinDominic Tan Jun JinDefenderMarch 12, 199729
swemasJunior Eldstål / Putera Nadher Amarhan | DF | Johor Darul Ta'zm FC 2025Junior EldstålDefenderSeptember 16, 199134
gbrmasLa'Vere Lawrence Corbin-Ong | DF | Johor Darul Ta'zm FC 2025La’Vere Corbin-OngDefenderApril 22, 199135
ausmasMatthew Thomas "Matt" Davies | DF | Johor Darul Ta'zm FC 2025Matthew DaviesDefenderFebruary 7, 199531
masMuhammad Ariff FarhanMuhammad Ariff FarhanDefenderJuly 14, 199630
ausmasQUENTIN CHENGQuentin ChengDefenderNovember 20, 199926
masMohd Shahrul bin Mohd Saad | DF | Johor Darul Ta'zm FC 2025Shahrul SaadDefenderJuly 8, 199333
masMuhammad Syahmi bin Safari | DF | Johor Darul Ta'zm FC 2025Syahmi SafariDefenderFebruary 5, 199828

Midfielder

PlayerClubPositionDate of BirthAge
masBaddrol bin BakhtiarBaddrol BakhtiarMidfielderFebruary 1, 198838
masBrendan GanBrendan GanMidfielderJune 3, 198838
kosmasLiridon KrasniqiMidfielderJanuary 1, 199234
masMuhammad Mukhairi AjmalMuhammad Mukhairi AjmalMidfielderNovember 7, 200124
masMuhamad Nazmi Faiz bin Mansor | MF | Johor Darul Ta'zm FC 2025Nazmi FaizMidfielderAugust 16, 199431

Forward

PlayerClubPositionDate of BirthAge
masMuhammad Akhyar bin Abdul RashidAkhyar RashidForwardMay 1, 199927
masArif Aiman bin Mohd Hanapi | MF | Johor Darul Ta'zm FC 2025Arif AimanForwardMay 4, 200224
masFaisal Abdul Halim - Terengganu FCFaisal Abdul HalimForwardJanuary 7, 199828
masGuilherme de Paula LucrécioGuilherme De PaulaForwardNovember 9, 198639
masLuqman Hakim Shamsudin | FW | Negeri Sembilan FC 2025Luqman Hakim ShamsudinForwardMarch 5, 200224
masgamMohamadou Sumareh | FW | Johor Darul Ta'zm FC 2025Mohamadou SumarehForwardSeptember 20, 199431
masNorshahrul Idlan TalahaForwardJune 8, 198640
masMuhammad Safawi bin RasidSafawi RasidForwardMarch 5, 199729
masSyafiq AhmadSyafiq AhmadForwardJune 28, 199531

 

 

[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025