Home SukanBarca hadapi tugas getir di Bilbao

Barca hadapi tugas getir di Bilbao

by NoKomen
195 views
Barca hadapi tugas getir di Bilbao

[ad_1]

BARCELONA berdepan tugas getir apabila diundi menentang Athletic Bilbao di tempat lawan pada aksi suku akhir Piala Raja Sepanyol manakala Real Madrid berdepan salah satu pasukan handalan La Liga, Real Sociedad di tempat sendiri.

Dalam undian di Madrid hari ini, juara bertahan Valencia berdepan Granada di tempat lawan manakala kelab divisyen dua, Mirandes yang mengejutkan Sevilla 3-1 pada pusingan 16 menerima kunjungan Villarreal.

Kesemua perlawanan berlangsung antara 4 dan 6 Februari membabitkan satu saingan peringkat walaupun separuh akhir berlangsung timbal balik.

Catalan tewas 0-1 di tangan Athletic dalam kunjungan terakhir di San Mames pada Ogos lalu dan seri 0-0 dengan skuad Basque pada Februari tahun lalu.

Barca membelasah Leganes 5-0 untuk mara ke peringkat lapan terakhir dalam kejohanan yang dimenangi mereka 30 kali manakala Real Madrid menewaskan Real Zaragoza 4-0.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 10:58 PM



[ad_2]

Source link

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025