Home SukanBelgium Kekal Pasukan Terbaik Tahunan

Belgium Kekal Pasukan Terbaik Tahunan

by NoKomen
249 views
Belgium kekal pasukan terbaik tahunan

Belgium kekal pasukan terbaik tahunan

BELGIUM dinobatkan Pasukan Terbaik Tahunan FIFA untuk kali kedua berturut-turut selepas mengekalkan kedudukan teratas mengatasi juara dunia, Perancis menerusi senarai ranking dunia terkini dikeluarkan hari ini, menurut badan induk bola sepak itu.

Belgium yang menduduki tangga ketiga pada Piala Dunia di Russia tahun lalu menang kesemua 10 perlawanan kompetitif mereka pada 2019.

England melonjak satu anak tangga ke kedudukan keempat di belakang Brazil manakala Uruguay kelima.

Argentina (ke-9) dan Colombia (ke-10) tersenarai dalam kelompok 10 teratas tahun ini menggantikan Switzerland (ke-12) dan Denmark (ke-16).

Qatar yang menjadi penganjur Piala Dunia 2022 muncul pasukan paling tinggi melonjak selepas menjuarai Piala Asia AFC dengan meningkat 38 anak tangga ke ranking 55 apabila meraih 138 mata.

Algeria (ke-35) melonjak 32 anak tangga manakala Jepun (ke-28) melompat 22 anak tangga tahun ini. – Reuters

[ad_1]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025