[ad_1]
JARINGAN pemain pertahanan, Yuri Berchiche sembilan minit sebelum tamat perlawanan membolehkan Athletic Bilbao mara ke final Piala Raja Sepanyol menentang Real Sociedad selepas menyingkirkan Granada menerusi jaringan di tempat lawan, awal pagi tadi.
Athletic menang 1-0 pada aksi peringkat pertama tetapi Granada menyamakan agregat hasil jaringan Carlos Fernandez pada minit ke-48.
Granada yang mara ke separuh akhir pertama mereka sejak 1969 kemudiannya mendahului 2-1 menerusi jaringan German Sanchez pada minit ke-76.
Bagaimanapun, Berchiche menjadi pemusnah impian mereka apabila pertahanan kiri itu menjaringkan gol pada minit ke-81 selepas mendapat hantaran Mikel Vesga untuk menempah tempat ke final pada 18 April di Seville.
Dengan 23 gelaran, Athletic Bilbao muncul pemenang kedua terbanyak Piala Raja Sepanyol di belakang Barcelona yang menjuarainya 30 kali.
Real Sociedad mengakhiri impian pasukan divisyen dua, Mirandes semalam menerusi kemenangan 1-0 yang membolehkan mereka mara ke final kali pertama dalam masa 32 tahun.
Sociedad yang menang 2-1 pada peringkat pertama mengesahkan tempat apabila penyerang, Mikel Oyarzabal meledak penalti pada minit ke-41 selepas bola terkena tangan pemain Mirandes.
Real Sociedad yang menjuarai kejohanan pada 1909 dan 1987 serta menyingkirkan Real Madrid 4-3 pada suku akhir musim ini akan beraksi di final kali pertama sejak 1988 ketika mereka tewas 0-1 kepada Barcelona.
[ad_2]
Sumber

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.