[ad_1]
HADIAH wang tunai keseluruhan RM24,000 menunggu kaki pancing pada pertandingan Cabaran Memancing Igloo 2020 di Taman Tasik YDP Slim River, Ipoh, esok.
Pengerusi Eksekutif UFL Sdn Bhd, Datuk Abd Malek Noor berkata, ia program memancing edisi kedua dianjurkan UFL-Igloo Malaysia dan UFL- Universal Fitness & Leisure itu dan mendapat sokongan Pejabat Tanah Dan Daerah Muallim.
“Pertandingan kali ini menawarkan hadiah RM10,000 untuk juara, RM3,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga.
“Manakala tempat keempat akan membawa pulang RM400 dan RM200 (tempat kelima hingga 10), tempat ke-11-80 (RM100) selain tempat ke 81 hingga 100 pula akan menerima produk Igloo,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan ikan itu bersama Pegawai Daerah dan Tanah Muallim, Shamsul Ridzuan Idris, semalam.
Abd Malek berkata, lebih 500 kilogram (kg) ikan daripada pelbagai spesis dilepaskan sebagai komitmen penganjur dalam pertandingan Cabaran Memancing Igloo 2020 kali ini termasuk patin seberat 5.5kg.
[ad_2]
Sumber

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.