Home SukanDRB Hicom Pamer Taring Juara Liga Super

DRB Hicom Pamer Taring Juara Liga Super

by NoKomen
259 views
DRB Hicom pamer taring | Harian Metro

[ad_1]

 

SKUAD DRB Hicom perlu di beri perhatian kelab bola sepak amatur lain apabila berjaya menjuarai Liga Super 2019 anjuran Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) selepas menewaskan Imigresen FC menerusi penentuan penalti.

Skuad terbabit berjaya mengalahkan Imigresen FC dengan jaringan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Separuh masa pertama menyaksikan Imigresen FC terlebih dahulu berada di depan pada minit ke 35 permainan. Babak kedua bersambung menyaksikan DRBHicom melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Imigresen untuk kedudukan seri 1-1. Bagaikan mendapat tonik, mereka terus mengatur serangan bertali arus sebelum berjaya mendahului perlawanan pada minit ke 60.

Ketika kejayaan sudah berpihak kepada DRB Hicom, Imigresen berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti apabila menyumbat gol penyamaan lima minit sebelum tamat perlawanan.

Tuah jelas memihak kepada mereka apabila pemain Imigresen gagal menyempurnakan dua sepakan penalti sekali gus dengan keputusan 4-3.

Kemenangan itu melayakkan DRB Hicom menerima wang tunai RM15,000, piala pusingan dan iringan.

 



[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025