[ad_1]
Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dimuat turun sebanyak 1.364 juta kali dan jumlah keseluruhan permohonan perjalanan antara negeri diterima sebanyak 605,723 setakat jam 12 tengah malam semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru orang ramai membuat permohonan pergerakan menerusi aplikasi itu sekiranya mereka ingin pulang ke kediaman masing-masing.
Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk log masuk aplikasi Gerak Malaysia itu pada 4, 5 Mei atau esok dan memberikan alamat asal serta alamat destinasi hendak dituju.
“Mohon kerjasama orang ramai untuk membuat permohonan dengan kadar segera bagi bolehkan polis membuat perancangan dan mengatur penugasan untuk memudahkan perjalanan pada 7 hingga 10 Mei ini.
BACA: Aplikasi Gerak Malaysia Bagi Perjalanan Rentas Negeri
“Sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi itu dan permohonan perjalanan antara negeri, orang awam boleh layari www.gerakmalaysia.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Huzir berkata, bagi pengguna IOS (App Store) mereka diminta mendaftar dari 7 Mei ini sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual ditetapkan.
“Untuk makluman, permohonan pergerakan antara negeri juga boleh dibuat secara manual di mana pemohon dikehendaki memuat turun permit pergerakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di laman Facebook PDRM atau boleh mengisinya di balai polis berhampiran melalui temu janji untuk mendapat kebenaran ketua balai.
“Satu sidang media akan diadakan esok jam 3 petang untuk memaklumkan perkembangan itu,” katanya.
[ad_2]
Sumber

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.