Home SukanHadin Mahu Kerja Keras Bantu Kedah

Hadin Mahu Kerja Keras Bantu Kedah

by NoKomen
221 views
Hadin mahu kerja keras bantu Kedah

Hadin mahu kerja keras bantu Kedah

PEMAIN sayap Kedah, Hadin Azman mahu terus bekerja keras dalam latihan bagi memastikan prestasi dirinya bersama skuad Lang Merah menyerlah pada musim depan.

Bekas pemain Felda United berkenaan dilihat bakal menjadi senjata sulit baharu buat Kedah.

Hadin sebelum ini membuktikan sentuhannya apabila menjaringkan 40 gol melalui penampilan bersama skuad The Fighters sejak 2015.

“Saya berazam menjadikan musim 2020 bersama Kedah ini satu tahun yang cemerlang dan mampu menonjolkan bakat serta prestasi ke tahap yang lebih baik.

 

[ad_1]

 

“Saya gembira dan bangga dapat mewakili Kedah kerana pasukan ini adalah salah satu pasukan yang besar di Malaysia. Insya Allah, saya akan cuba buat yang terbaik” katanya.

Hadin berkata latihan pra musim yang baharu bermula memberi peluang untuknya melakukan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) akan datang.

“Impian saya pada musim depan adalah mahukan kejayaan mendakap piala kerana itu adalah pencapaian yang saya idamkan selama ini dan sebagai pemain dalam pasukan, saya mahu pastikan kejayaan itu dapat diraih skuad Kedah.” katanya.

Selain persaingan Liga M skuad Kedah juga bakal berdepan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Januari ini.

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025