Home SukanHaiqal Hanafi Harus Diberi Peluang – Mohd Poad

Haiqal Hanafi Harus Diberi Peluang – Mohd Poad

by NoKomen
412 views
Beri Haiqal peluang | Harian Metro

[ad_1]

 

JURULATIH pecut negara, Mohd Poad Md Kassim berharap raja pecut Asia Tenggara, Haiqal Hanafi diberi peluang menimba pengalaman di temasya Olimpik Tokyo tahun depan.

Ia adalah waktu yang tepat buat buat pelari muda itu menimba pengalaman ketika di usia 22 tahun untuk beraksi bersama pelari berkelas dunia.

Poad berkata, bagaimanapun Haiqal Hanafi terlebih dahulu perlu diberi peluang untuk beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) Johor andai ia dilangsungkan tahun depan.

“Saya berharap Sukma akan dilangsungkan tahun depan kalau tahun ini saya tak nampak tarikh yang sesuai kerana jika dilangsungkan bulan Disember ia membabitkan pelajar yang menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Justeru untuk menjaga kualiti penganjuran temasya itu, bagi saya lebih baik ia dianjurkan tahun depan,” katanya yang mempunyai lebih daripada 10 atlet di bawah bimbingan beliau yang akan beraksi di Sukma.

Namun Poad berkata, hanya Haiqal satu-satunya atlet yang berada di bawah bimbingannya melebihi had umur selepas penganjur mengambil keputusan menunda Sukma ekoran penularan wabak Covid-19.

Begitupun tahun depan adalah tahun yang padat buat pelari muda negara itu jika dibenarkan beraksi di Sukma, Olimpik seterusnya mempertahankan emas di Sukan SEA.

Bagaimanapun Poad meletakkan sasaran buat Haiqal mencapai kemuncak prestasi ketika di Sukan Sea.



[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025