fbpx
Home BeritaTempatan Lans Koperal Polis Maut Kemalangan

Lans Koperal Polis Maut Kemalangan

by NoKomen
102 views
Lans Koperal polis maut kemalangan

 

ANGGOTA polis berpangkat Lans Koperal maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 21 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan, semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa yang juga penunggang motosikal, Lans Koperal Mohamad Fazle Effandy Mohd Azni, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kemalangan membabitkan mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail dipandu lelaki berusia 58 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pacuan empat roda berkenaan dari Teluk Intan menghala ke arah Sitiawan manakala mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di tempat kejadian dipercayai penunggang motosikal hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan.

“Pemandu pacuan empat roda terbabit (yang tiba di lokasi kejadian) cuba mengelak namun kerana jarak yang terlalu dekat menyebabkan dia berlanggar dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah Siasat.

“Pemandu pacuan empat roda berkenaan pula tidak cedera dan kes disiasat mengikut 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x