Home BisnesPelepasan Bayaran Pembiayaan CIMB – Mangsa Banjir

Pelepasan Bayaran Pembiayaan CIMB – Mangsa Banjir

by NoKomen
407 views
Pelepasan bayaran pembiayaan CIMB untuk mangsa banjir

Pelepasan bayaran pembiayaan CIMB untuk mangsa banjir

CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) menawarkan tempoh enam bulan pelepasan bayaran pembiayaan CIMB keatas sebarang pinjaman atau pembiayaan bagi pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pelepasan bayaran pembiayaan CIMB itu terpakai untuk semua pinjaman dan pembiayaan individu dan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk pembiayaan rumah atau perniagaan, pembiayaan premis, pembiayaan Amanah Sahama Bumiputera (ASB), Pembiayaan Hartanah SME Biz dan SME Quick Biz.

“Selain itu, pelepasan turut diberikan untuk pinjaman atau pembiayaan kenderaan, pembiayaan peribadi (Express Cash and Cash Plus Loan), kad kredit/caj lewat dan deposit.

 

 

[ad_1]

 

 

“Caj untuk penggantian kad kredit atau debit juga akan dikecualikan. Malah, kami akan mempercepatkan pemprosesan tuntutan insurans akibat banjir di kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pihaknya bersimpati dengan kerugian dan kesulitan yang dihadapi pelanggan dan kakitangan di kawasan yang terjejas.

“Kami harap bantuan pelepasan yang diberi ini dapat membantu meringankan beban yang dialami mangsa banjir.

“Pelanggan terjejas juga boleh pergi ke mana-mana cawangan 234 CIMB kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program bantuan banjir.

“Kami akan terus mencari cara untuk membantu pelanggan sama ada melalui operasi perniagaan kami atau inisiatif tanggungjawab korporat,” katanya.

 



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025