Home BeritaTempatanPengeluaran BPN Di BSN Mulai 17 April 2020

Pengeluaran BPN Di BSN Mulai 17 April 2020

by NoKomen
1.9K views
Pengeluaran BPN di BSN Mulai 17 April 2020

[ad_1]

 

Jika anda adalah golongan B40 yang menerima Bantuan Prihatin Nasional, berikut ialah antara soalan lazim berkenaan pengeluaran BPN di BSN (Bank Simpanan Nasional).

 

Pengeluaran BPN di BSN Mulai 17 April 2020

 

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan Tiada Akaun, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. 


Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat penunaian Bantuan Prihatin Nasional di Bank Simpanan Nasional?

Penunaian boleh dibuat oleh penerima dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.


Bagaimana mahu buat semakan dan dapatkan Nombor Siri?

Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my


Bilakah tarikh yang dibenarkan untuk buat pengeluaran BPN di BSN di kaunter bank?

Duit BPN boleh diambil atau penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter BSN mulai 17 April 2020.

Sila ambil maklum, penerima hanya boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran.

Selagi belum ada Nombor Siri, tidak perlu hadir ke BSN.


Bilakah tarikh akhir tuntutan bayaran secara tunai BPN boleh dibuat?

Penerima yang layak perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.


Bolehkah suami ambilkan duit BPN bagi pihak isteri?

Perintah Kawalan Pergerakan hanya membenarkan ketua keluarga sahaja untuk keluar membuat urusan tertentu yang dibenarkan.

Justeru, dalam situasi begini, suami dibenarkan untuk hadir ke BSN semasa tempoh PKP bagi membuat buat pengeluaran BPN di BSN berdasarkan prosedur di Bank Simpanan Nasional.

Pastikan suami ada membawa Nombor Siri yang wujud dalam portal BPN isteri.

Pihak BSN ada membuat semakan berkaitan Maklumat Suami melalui portal BPN.


Bolehkah wakil atau waris ambilkan duit BPN bagi pihak penerima yang Tiada Akaun / Gagal Kredit / sudah meninggal dunia / sakit uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN?

Ya, boleh.

Wakil atau waris dibenarkan untuk membuat pengeluaran BPN di BSN bagi pihak penerima di mana-mana kaunter dan cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.


Siapakah yang dibenarkan untuk menjadil wakil atau waris?

Wakil atau waris yang dibenarkan untuk membuat penunaian duit BPN adalah wakil atau waris yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Selain itu, wakil atau waris mestilah terdiri daripada hubungan berikut:

  • Ibu / Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu

Bagi pembayaran BPN secara pengkreditan ke akaun bank, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.


Apa dokumen yang wakil atau waris perlu bawa untuk buat penunaian Bantuan Prihatin Nasional di Bank Simpanan Nasional?

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh wakil atau waris yang berdaftar bagi pembayaran BPN secara tunai adalah seperti berikut:

Sijil Kematian (asal atau salinan) penerima; atau
Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima; dan
Kad pengenalan (asal) wakil; dan
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil atau waris.

Dokumen sokongan yang mana berkaitan:

  1. Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di Penjara
    atau Pusat Serenti); atau
  2. Surat Pengesahan Majikan sebagai bukti penerima berada di luar negara kerana
    menjalankan tugas; atau
  3. Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
  4. Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Pengusaha Rumah
    Jagaan; atau
  5. Surat kebenaran / pengesahan daripada hospital / klinik / Ketua Kampung / Ketua
    Kawasan dan ke atas bagi penerima yang uzur (tidak berdaya untuk bergerak); atau
  6. Kad OKU asal.

Pengeluaran BPN di BSN - Dokumen diperlukan

 

Suami adalah penerima BPN. Bolehkan saya sebagai wakil atau waris layak untuk menerima duit BPN?

Ya, layak.

Dalam situasi ini, suami ialah seorang penerima Bantuan Prihatin Nasional yang telah lulus tetapi telah meninggal dunia.

Oleh hal yang demikian, wakil atau waris yang berdaftar dalam permohonan yang diisi dalam Maklumat Waris boleh hadir ke BSN untuk penunaian duit BPN.


Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia. Adakah saya boleh menjadi wakil untuk ambilkan duit BPN?

Ya, boleh.

Jika anda bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil untuk buat pengeluaran BPN di BSN.

Namun, hanya sekiranya hubungan anda dan penerima adalah terdiri daripada hubungan berikut:

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-beradik
  • Cucu

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima yang sakit, uzur atau merupakan warga emas yang tidak boleh berjalan dan menghadirkan diri ke BSN?

Ya, boleh.

Wakil atau waris yang berdaftar boleh hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa bersama dokumen yang berkaitan.

Sila rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa untuk pengesahan.


Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima Bujang?

Ya, boleh.

Namun, dengan syarat penerima Bujang ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan.

Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak Bujang boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN.

Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan (asal) penerima BPN.


Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima OKU?

Ya, boleh.

Namun, dengan syarat penerima OKU ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan.

Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak OKU boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN.

Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan OKU (asal) dan Kad OKU (asal) penerima BPN.


Sila ikuti laman Twitter LHDN untuk maklumat yang terkini dan sahih.

Semoga bermanfaat.

 

[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

19 comments

yatieowner
yatieowner April 21, 2020 - 12:32 pm

Yup, seluruh Negara dah boleh tunaikan BPN. Bagi yang tiada Akaun, nak tak nak, kena juga berurusan dekat BSN kan. my friend nak tak nak, kena juga berbaris awal pagi. ;(

nokomen
nokomen April 22, 2020 - 11:50 am

Memang pun.. leceh kena beratur bagai. Sekali masuk 4 atau 5 orang je ikut branch lah.. but terpaksa la kan huhu

zazaazman1
zazaazman1 April 21, 2020 - 12:51 pm

Bagus informasi nih. Minta izin za share ye utk perkongsian bersama family dan kawan2.

nokomen
nokomen April 22, 2020 - 11:51 am

Terima kasih.. Silakan dengan segala hormatnya :)

qeelasalsabilla
qeelasalsabilla April 21, 2020 - 3:36 pm

Oh nice sharing, bagus la boleh jadi panduan kepada golongan B40 yang nak memohon bantuan supaya dapat gambaran lebih jelas ketika memohon

nokomen
nokomen April 22, 2020 - 11:51 am

thank u

eznakhalili
eznakhalili April 21, 2020 - 4:02 pm

Siapa yang mohon boleh la follow step by step ni kan?. Senang nanti tau la apa yang perlu dibuat. Boleh ke hantar wakil dan info yang lain.

nokomen
nokomen April 22, 2020 - 11:52 am

a ah boleh aje hantar wakil.. but make sure IC wakil dan penerima kena bawa… and check dulu Nombor Siri ya sebelum pergi tu

fatinbella
fatinbella April 21, 2020 - 4:57 pm

banyak info penting ni kat sini. thanks for sharing. nanti Aten share kalau ada sape2 yang taktau

nokomen
nokomen April 22, 2020 - 11:52 am

sama-sama

baeroslan
baeroslan April 21, 2020 - 8:23 pm

artikel yang bermanfaay untuk semua oenerima bpn. moga penerima dapat guna duit sebaiknya

zaidalifahaisheteru
zaidalifahaisheteru April 21, 2020 - 11:53 pm

Semalam Isnin sy ke BSN beratur panjang disitu pengalaman urusan dengan bank sepanjang PKP ni had yang berada didalam lebih kurang 5 orang pelanggan shj. tertabahlah beratur tunggu turn.

nokomen
nokomen April 22, 2020 - 11:53 am

betul

ienawahab
ienawahab April 22, 2020 - 1:11 am

Patutlah banyak kereta keluar iena tengok katMRR2 ..sebab orang keluar duit BPN ehh..huhu
iena ketinggalan sikit sebab tak dapat BPN pn..tu tak follow up :D

sislin1
sislin1 April 22, 2020 - 9:23 am

Alhamdulilah, anak-anak semua dah dapat bahagian memasing…kena sabar, jangan cepat melenting…semua akan dapat…PM dah kata satu pun takkan tercicir jika memang layak menerima BPN …

nokomen
nokomen April 22, 2020 - 11:54 am

kannn.. walaupun banyak yang tersalah status dari kawin ke bujang… alhamdullillah la dpat gak

hudahalid
hudahalid April 22, 2020 - 11:21 am

thanks sharing. bagus untuk makluman mereka yang sangat2 perlukan duit di kala PKP ni dan juga kita bakal sambut Ramadan tak lama lagi kan. semoga bantuan kerajaan ni dapat ringan kan beban

mohdzarindotcom
mohdzarindotcom April 22, 2020 - 12:03 pm

Terima kasih share info ni. Harap dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan pengeluaran BSN ketika time PKP macam ni

wawaashihara
wawaashihara April 23, 2020 - 6:47 am

Bagus juga ada info sebegini.. Sebab ramai yg masih tak paham bila boleh ditunaikan.. Saya xapply bpn..tp sy bolehlah sharekan pd rkn2 yg lain entry ni.. Thanks share.

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025