Home BeritaTempatanSektor Ekonomi Tambahan Dibenarkan Beroperasi

Sektor Ekonomi Tambahan Dibenarkan Beroperasi

by NoKomen
515 views
Kerajaan umum sektor tambahan dibenar operasi [METROTV]

[ad_1]

 

Kerajaan mengumumkan beberapa sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan ketat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara sektor dibenarkan beroperasi adalah industri automotif, industri mesin dan peralatan dan industri aeroangkasa.

“Kerajaan juga membenarkan projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan termasuk kerja terowong, penyelenggaraan, cerun dan kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak.

“Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional berdaftar, perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik serta kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan juga dibenarkan beroperasi.

“Selain itu, perkhidmatan gunting rambut asas bagi gunting sahaja dan perkhidmatan dobi untuk perkhidmatan penuh dan bukannya layan diri dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, syarikat dalam sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula 13 April ini dari jam 9 pagi.

Katanya, semua permohonan mesti dibuat secara dalam talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my. Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

“Pihak syarikat dalam sektor yang dibenarkan beroperasi wajib mematuhi

syarat prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Selain pematuhan kepada syarat dan garis panduan yang diperketatkan, kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan garis panduan oleh agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan berkaitan dari semasa ke semasa.

“Kegagalan syarikat berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut akta semasa,” katanya.

Beliau berkata, MITI memperhalusi sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi berdasarkan beberapa pertimbangan iaitu tahap kepentingannya dalam rantaian bekalan global dan eksport negara.

“Kami juga melihat kepada ekonomi sektor yang mempunyai gandaan nilai tambah yang tinggi, impak ke atas kelangsungan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dalam sektor ekonomi khususnya pembuatan dan perkhidmatan.

“Selain itu, kami juga mengambil pertimbangan dari segi jumlah tenaga kerja yang terbabit,” katanya.

Menurutnya, langkah membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi adalah untuk menjamin kelangsungan ekonomi negara.

“Ia sekali gus mengelakkan kadar kehilangan pekerjaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia dan memastikan rakyat terus mendapat akses kepada keperluan asas dan produk kritikal sepanjang tempoh PKP,” katanya.

 

[ad_2]

Sumber

You may also like

12 comments

zharifazis
zharifazis April 11, 2020 - 10:12 am

Alhamdulillah ada business yg dh boleh beroperasi. Hopefully peluang yg diberi nie tidak dilanggar syaratnya demi memutuskan rantaian covid29

ahmadfadzil
ahmadfadzil April 11, 2020 - 3:47 pm

alhamdulillah.. hopefully cepatlah settle covid ni.. tak sabar nak keluar lepak mamak malam2 ni haha

sislin1
sislin1 April 11, 2020 - 11:04 am

KIta baru juga update kat wall FB kita..bukanlah meroyan tapi tak faham…harapnya takde laa kluster baru yang akan timbul nanti…

veronicachiaoen
veronicachiaoen April 11, 2020 - 3:18 pm

Hopefully MCO will end soon ~ during this MCO, more people will follow the law & orders. Thanks to front liners that helped a lot during this movement control

baeroslan
baeroslan April 11, 2020 - 3:24 pm

Bagus bila kerajaan dah keluarkan arahan yang beberapa operasi boleh dibuka tapi kita sebagai rakyat masih perlu beringat kita masih musim pkp. jangan langgar arahan pkp dah la

apakatamommyyt
apakatamommyyt April 11, 2020 - 4:17 pm

Memang bagus nya Boleh bukak sedikit Demi sedikit sektor2 yang perlu. Tp Sy rasa akan ada yang tidak akan ikut perintah. Takut ada kluster baru plak nanti

yatieowner
yatieowner April 11, 2020 - 9:30 pm

Alhamdulillah. Sebagai pengguna tegar perkhidmatan dobi, saya setuju dengan operasinya beberapa perkhidmatan tambahan.

zazaazman
zazaazman April 12, 2020 - 12:09 am

bagus juga mereka bagi bisnes2 kecil ni buka tapi harap nya mereka jaga kebersihan dan terapkan social distancing juga supaya tidak tersebar lagi virus covid 19 lagi.. amk lah langkah berjaga2 ..

mimiazirah
mimiazirah April 12, 2020 - 7:21 am

Tak kisah pun banyak sektor dibuka cuma ada beberapa sektor yang saya tak setuju sebagai contoh kedai gunting rambut. Yang lain okay saja asalkan ikut arahan yang telah ditetapkan

rawlinsglam
rawlinsglam April 12, 2020 - 11:13 am

Bagus ada sektor yg dibenarkan beroperasi. Moga segala arahan dipatuhi dan bersama kita mengekang Covid 19

Rawlins tunggu habis PKP la baru pegi gunting rambut. Masih takut nak pergi sekarang

mohdzarindotcom
mohdzarindotcom April 12, 2020 - 4:04 pm

Oklatu ada beberapa sektor yang dibenarkan dibuka semasa PKP. Harap COVID ni berkurangan supaya lebih banyak sektor perniagaan yang boleh beroperasi semula

nadiajohari
nadiajohari April 12, 2020 - 5:35 pm

Bagusla ada beberapa sektor yang boleh beroperasi. Harap diaorang ikut SOP yang disarankan..kalau tak buat penat PKP ni tau

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025