Home SukanTLHT Lebur Rekod Tanpa Kalah Hockademy

TLHT Lebur Rekod Tanpa Kalah Hockademy

by NoKomen
268 views
TLHT lebur rekod tanpa kalah Hockademy

[ad_1]

PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (TLHT) berjaya membalas dendam kekalahan pada aksi pertama selepas menang tipis 1-0 menundukkan pendahulu Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM), Hockademy KL di Stadium Hoki Batu Buruk (SHBB) hari ini.

Pada perlawanan pusingan pertama, TLHT tewas 1-2 kepada skuad kendalian Iman Gobinathan itu.

Bagaimanapun kemenangan skuad kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu belum mampu memintas pendatang baharu itu kerana dipisahkan dengan perbezaan dua mata.

TLHT kini mengumpul 16 mata daripada tujuh perlawanan berada di belakang pendahulu, Hockademy yang mengumpul 18 mata hasil tujuh perlawanan.

Kapten TLHT, Siti Noor Amarina Ruhani muncul wira pasukannya apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-36 sekali gus menyaksikan rekod tanpa tewas skuad pelawat lebur.

Gol yang dihasilkan Amarina yang juga kapten skuad kebangsaan berpunca nenerusi pukulan sudut penalti hasil hantaran bekas pemain kebangsaan, Siti Rahmah Othman yang gagal ditampan kemas penjaga gol, Hannah Kate Astbury.

Kecemerlangan penjaga gol TLHT, Guzal Bakhavaddin turut mendapat pujian daripada jurulatih skuad The Turtles itu selepas menyelamatkan enam pukulan sudut penalti lawan selain berjaya menangkis tiga percubaan tepat penyerang lawan diketuai Hanis Nadiah Onn.

“Kredit buat semua pemain yang beraksi dengan begitu baik mengikut perancangan, selain itu penjaga gol harus diberi pujian kerana banyak menyelamat bola daripada dibolosi, aksi petang ini adalah yang terbaik dapat saya saksikan.

“Pertemuan kelapan nanti bertemu PDRM pada Selasa depan, apa yang kami harapkan momentum kemenangan ini dapat diteruskan dalam misi mempertahankan gelaran juara liga,” ujar Nasihin.

Sementara itu, pengendali Hockademy KL, lman Gobinathan mengakui pemainnya mempunyai banyak peluang terhidang dan mampu mencatat kemenangan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

“Namun kegopohan pemain menyudahkan peluang selain kekentalan penjaga gol lawan memaksa kami pulang dengan tangan kosong,” Ujar Iman yang pernah membimbing TLHT musim lalu.



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025