Home BeritaGlobalTentera Thailand Mengamuk, 10 Terbunuh

Tentera Thailand Mengamuk, 10 Terbunuh

by NoKomen
271 views
10 terbunuh, tentera Thailand mengamuk

[ad_1]

SEKURANG-kurangnya 10 terbunuh selepas seorang tentera Thailand melepaskan tembakan di bandar Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand hari ini.

Polis sudah mengenal pasti suspek sebagai Jakrapanth Thomma yang mana dia memuat naik kenyataan di Facebook: “Kematian tidak dapat dielakkan untuk semua orang.”

Dia juga menyiarkan gambar sambil memegang senjata api.

Jurucakap polis, Kissana Phathanacharoen berkata, tentera Thailand itu melepaskan tembakan di lokasi yang berbeza di bandar terbabit yang terletak 250 kilometer dari Bangkok.

Menurutnya, suspek masih berada berdekatan dengan pusat beli-belah dan sehingga kini belum dapat ditahan.

Sementara itu, media tempatan Thairath melaporkan, seramai 12 orang terbunuh dalam kejadian itu yang disifatkan jarang berlaku di Thailand.

Jurucakap kementerian pertahanan, Kongcheep Tantrawanit berkata, pihaknya masih tidak mengetahui punca suspek melakukan tindakan itu, bagaimanapun dia kelihatan sedang marah.

Seorang wanita yang ditemuramah oleh televisyen Thailand’s Channel One berkata, dia mendengar tembakan ketika berada di pusat beli-belah dan bersembunyi di kedai pakaian sebelum melarikan diri.

Jurucakap polis berkata, penembak pada mulanya dilihat ke sebuah rumah di bandar itu dan menembak mati dua orang sebelum ke tempat simpanan senjata di pangkalan tentera dan mengambil senjata api.

“Dia juga menembak orang di dalam kawasan pangkalan tentera itu,” katanya.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha turut mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terbunuh.



[ad_2]

Source link


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025