Home SukanHarimau Muda ke Final AFF B-18 Selepas Menundukkan Indonesia 4 – 3

Harimau Muda ke Final AFF B-18 Selepas Menundukkan Indonesia 4 – 3

by NoKomen
288 views
Harimau Muda AFF-B18

Malaysia vs Indonesia AFF18

SKUAD Harimau Muda bawah 18 (B-18) tahun negara terpaksa berjuang hingga 120 minit untuk mengesahkan slot akhir Kejohanan Bawah 18 (B-18) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas berjaya menewaskan Indonesia 4-3 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Bing Duong, Vietnam, sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan skuad kendalian Brad Maloney mengulangi pencapaian sama tahun lalu untuk mengekalkan kejuaraan selepas menewaskan Myanmar 4-3 pada edisi 2018.

Mohd Aiman Afif Md Afizul terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila berjaya menyumbat gol pertama pada minit 20 selepas menerima hantaran berpunca sepakan percuma kapten pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Tersentak dengan jaringan itu, lawan yang dibimbing Fakhri Husaini cuba melancarkan serangan bertali arus sehingga berjaya menyamakan kedudukan pada minit terakhir separuh masa pertama menerusi rembatan Beckham Putra Supriadi.

Separuh masa kedua pula menyaksikan Indonesia tampil lebih berkeyakinan dengan melancarkan serangan menerusi hantaran jauh bagi memerangkap pertahanan negara.

Namun, Luqman Hakim Shamsuddin yang dikawal ketat oleh pertahanan Indonesia berjaya meloloskan diri sebelum melepaskan rembatan untuk jaringan kedua skuad negara pada minit 54.

Penyakit skuad negara yang mudah leka apabila mendahului perlawanan akhirnya memakan diri apabila Indonesia menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Fajar Fathur Rachman pada minit 79.

Skuad kendalian Maloney yang hilang arah terus dihukum apabila Muhammad Salman Alfarid menyumbat gol ketiga selang empat minit kemudian untuk kedudukan 2-3.

Ketika peluang skuad negara beraksi di pentas akhir seakan lebur, Haris Haiqal Adam Afkar muncul penyelamat apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti enam minit sebelum tamat perlawanan.

Haris Haiqal sekali lagi beraksi cemerlang untuk muncul wira menanduk masuk gol kemenangan pada minit 97. Seterusnya membawa Harimau Muda ke final piala AFF B-18.


Tahniah Harimau Muda berjaya mara ke Final AFF B-18. (Foto : FAM)

Sumber : MYMETRO | Foto : FAM


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025