
Tan Sri Tony Fernandes selaku KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, kini turuk dilantik sebagai CEO Airasia.com.
Dalam satu kenyataan, semalam, AirAsia menyifatkan langkah itu sebagai penyusunan semula kepimpinan bagi menyokong transformasi sebagai syarikat platform pengembaraan dan kewangan serta bagi membangunkan airasia.com sebagai jenama gaya hidup.
“Beliau yang akan turut bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com sementara menantikan perlantikan CEO baharu kelak,” katanya.
Sementara itu, Karen Chan dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pegawai Komersial (CCO) kumpulan itu, bagi menggerakkan semua peranan komersial manakala Spencer Lee menggalas peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi airasia.com dengan menguruskan portfolio perniagaan dalam talian termasuk OURSHOP, AirAsia WiFi (ROKKI), perkongsian hotel dan lain-lain.
“Jawatan Ketua pegawai produk untuk airasia.com juga akan dilantik bagi mengetuai pasukan produk manakala Elias Vafiadis, kekal sebagai Ketua Pegawai Kejuruteraan dan Teknologi Perisian (AASET) AirAsia, dan melaporkan kepada Fernandes dalam tempoh interim itu,” katanya. .
Selain itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (syarikat penerbangan) AirAsia, Bo Lingam telah dilantik Presiden kumpulan (syarikat penerbangan) dan turut mengetuai AirAsia SEA (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Global Shared Services) iaitu pusat perkhidmatan bersama korporat dan sokongan kepada AirAsia, kata kenyataan itu.
Selain itu, Aireen Omar pula dilantik sebagai Presiden kumpulan (RedBeat Ventures) dan akan mengetuai cabang modal teroka korporat.
“Menerusi peranan itu, beliau akan meninjau syarikat dan teknologi baharu untuk melonjakkan perniagaan teras AirAsia dan pada masa sama terus memantau perniagaan digital syarikat seperti BigPay, Teleport dan AirAsia BIG Loyalty,” kata kenyataan itu.
Sumber : MY METRO | Foto : AIR ASIA

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.