Home SukanJackie Wong Stabil Namun Belum Sembuh

Jackie Wong Stabil Namun Belum Sembuh

by NoKomen
403 views
Jackie belum sembuh | Harian Metro

[ad_1]

 

Presiden KOM Datuk SM Muthu berkata, keadaan kesihatan Jackie Wong stabil, namun masih lagi dalam rawatan apabila pemeriksaan kali kedua mendapati dia masih lagi positif wabak itu.

“Saya sentiasa berhubung dengan dia bagi mengetahui perkembangan semasa dan berharap cepat sembuh seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Terdahulu, Jackie Wong menjadi atlet pertama didapati positif Covid-19 menerusi ayahnya dan kini dikuarantin di Hospital Sibu sejak seminggu lalu.

Berikutan itu, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) ditutup untuk proses sanitasi manakala beberapa atlet dan pegawai sukan pula dikuarantin untuk pemeriksaan lanjut.

 

BACA: Jackie Wong Disahkan Positif Covid-19 – KBS

BACA: Atlet, Pegawai Kontak Rapat Jackie Dikuarantin

 

Muthu berkata, semua 37 atlet dan tujuh pegawai sukan yang dikuarantin sebelum ini disahkan negatif Covid-19 dan pulang ke rumah masing-masing sejak minggu lalu.

Sehubungan itu, beliau melarang atlet olahraga berjumpa individu lain dan tidak membuat latihan di luar kediaman seperti mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Menurutnya, KOM sentiasa memantau perkembangan atlet yang kebanyakannya sudah pulang ke rumah supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kepada mereka.

“Sememangnya kita ada memberikan garisan panduan kepada mereka menjalani proses latihan di rumah, namun larangan tetap dikenakan kepada mereka untuk tidak berjumpa individu lain atau berlatih di luar rumah,” katanya.

 



[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025