Home SukanKekalahan Pertama JDT, Hakimi Muncul Wira Terengganu

Kekalahan Pertama JDT, Hakimi Muncul Wira Terengganu

by NoKomen
1.3K views
Kekalahan pertama JDT, Hakimi muncul wira Terengganu FC

[ad_1]

 

Johor Darul Ta’azim (JDT) selaku tuan rumah pastinya dahagakan tiga mata apabila sekaligus mahu mengekalkan rentak kemenangan, namun hari ini menyaksikan kekalahan pertama JDT dalam perlawanan Liga Super pusingan ke-10 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Terengganu FC berjaya menamatkan rekod tanpa kalah selama 21 bulan milik Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas meraih kemenangan 1-0 hasil dari jaringan gol tunggal perlawanan daripada pemain muda, Hakimi Abdullah pada minit ke-56.

Ianya sudah cukup untuk Terengganu memastikan pungutan tiga mata, sekali gus terus memberikan tekanan buat JDT di tangga teratas liga.

Kali terakhir pasukan Harimau Selatan itu tewas adalah ketika ditundukkan Petaling Jaya City FC 0-1 dalam perlawanan Liga Super di tempat sendiri pada 16 Julai 2019.

Kedua-dua pasukan saling berbalas asakan sepanjang babak pertama tetapi permainan pantas itu gagal disudahkan dengan jaringan, bahkan JDT kehilangan pertahanan tengah, Mauricio, gara-gara kecederaan ketika melakukan terjahan ke atas Faisal Halim.

 

BACA: JDT vs Terengganu

 

JDT vs Terengganu FC, pusingan ke-10 Liga Super Malaysia 2021

Peluang terbaik Terengganu hadir dalam masa kecederaan sebelum waktu rehat apabila percuban David Da Silva, susulan hantaran gemilang Makan Konate, sekadar berakhir di tiang kiri gawang Farizal Marlias.

Rentak sama dipamerkan kedua-dua pasukan dalam babak kedua. JDT terlebih dahulu mengancam kubu Terengganu tetapi sepakan percuma ayam tambatan mereka, Bergson Da Silva, sekadar melambung tinggi pada minit ke-47.

10 minit kemudian, tekanan yang diberikan David Da Silva gagal dikeluarkan pemain gantian JDT, Syamer Kutty Abba, sebelum Hakimi, 21, memanfaatkan situasi kelam-kabut itu untuk mengatasi Adam Nor Azlin dan seterusnya menewaskan Farizal dari dalam kawasan penalti.

JDT memberikan respons dengan asakan bertali arus ke arah gawang Terengganu tetapi pasukan kendalian Benjamin Mora itu buntu untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin, yang tangkas menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada Bergson dan Ramadhan Saifullah sehingga tamat perlawanan.

Keputusan terbaru itu menyaksikan Terengganu kini berada di tangga kedua Liga Super dengan 21 mata dan hanya dibezakan dua mata dengan pendahulu, JDT.

 

Liga Super Malaysia 2021

PosClubPWDLFAGDPts
12218315094157
222134544281643
32212553730741
422115633201338
522106645301536
6228952720733
72266101628-1224
8225982531-621
92247112138-1719
102246122337-1418
112244142045-2516
122234151641-2513
1300000000
1400000000
1500000000
1600000000
1700000000

 

[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025