[ad_1]
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas seminggu menerima rawatan akibat Covid-19.
Menurut jurucakap Downing Street, Johnson dibenarkan keluar dari hospital dan diminta meneruskan proses pemulihan di kediamannya di Chequers.
“Atas nasihat pasukan perubatan, beliau diminta untuk tidak menyambung tugas dalam masa terdekat,” katanya.
Perdana menteri berusia 55 tahun itu dimasukkan ke Hospital St Thomas di London Ahad minggu lalu, 10 hari selepas diuji positif Covid-19.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa beliau diberikan bantuan oksigen dan tidak menggunakan ventilator.
[ad_2]
Sumber

PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.