Home BisnesREHDA Dan MBAM Merayu Kerajaan Tanggung Kos Saringan Pekerja

REHDA Dan MBAM Merayu Kerajaan Tanggung Kos Saringan Pekerja

by NoKomen
259 views
REHDA Dan MBAM Merayu Kerajaan Tanggung Kos Saringan Pekerja

[ad_1]

 

PERSATUAN Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) merayu kerajaan untuk menanggung kos penuh ujian saringan Covid-19 bagi semua pekerja agar membolehkan lebih ramai pekerja dapat memulakan kerja di tapak pembinaan dan merancakkan semula aktiviti industri.

Presiden REHDA Malaysia, Datuk Ir Soam Heng Choon dan Setiausaha Agung MBAM Eric Yong Shang Ming dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata, pada kadar pasaran semasa, kos bagi setiap ujian adalah sekitar RM350 hingga RM650 seorang (bergantung kepada kuantiti).

“Kos tinggi ujian bagi setiap orang itu diterjemahkan kepada jumlah besar yang perlu dibiayai kontraktor, kerana tapak pembinaan biasanya mempunyai beratus-ratus pekerja.

“Ia memberikan kos yang besar kepada syarikat pembinaan selain kos mobilasi lain serta kerugian yang ditanggung sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan pada 18 Mac 2020.

“Penularan virus itu dan impak teruk daripadanya adalah sesuatu yang tidak dijangka dan ia melangkaui kapasiti kewangan kontraktor untuk menanggung kos itu terutamanya apabila kewangan kontraktor turut terjejas akibat pandemik itu.

“Satu lagi kebimbangan yang kami harap untuk diambil kira adalah kapasiti dan kepantasan pengujian Covid-19 bagi semua pekerja pembinaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga melahirkan harapan agar kerajaan boleh menimbang alternatif seperti Rapid Test Kit yang lebih pantas, murah dan telah tersedia bagi menampung sejumlah besar pekerja, dengan Ujian Swab PCR dilakukan hanya sekiranya berlaku penularan di tapak pembinaan atau menjalankannya secara berselang.

Selain itu, sekiranya didapati tapak pembinaan gagal melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan menyebabkan penularan Covid-19 di tapak pembinaan, kontraktor terbabit perlu menanggung semua kos untuk membendung penularan.

 

 

[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025