Home BeritaGlobalRen Zhiqiang Hilang Selepas Gelar Presiden China ‘Badut’

Ren Zhiqiang Hilang Selepas Gelar Presiden China ‘Badut’

by NoKomen
258 views
Ren Zhiqiang

[ad_1]

 

Beijing: Ren Zhiqiang, seorang taikun hartanah di China yang pernah menggelar Presiden China, Xi Jinping sebagai ‘badut’, dilaporkan hilang.

Ren memberi gelaran berkenaan selepas mendengar ucapan Xi mengenai usaha kerajaan menangani Covid-19 pada 23 Februari lalu.

Tiga rakannya cuba menghubunginya namun gagal.

Ren Zhiqiang yang juga ahli Parti Komunis dan bekas eksekutif kanan syarikat pemaju hartanah milik kerajaan, Huayuan Real Estate Group tidak dapat dihubungi sejak 12 Mac lalu.

Teman rapat dan ahli perniagaan, Wang Ying menyifatkan kehilangan Ren sebagai ‘sangat membimbangkan’.

“Ramai rakan kami cuba mencarinya. Ren Zhiqiang adalah seorang yang dikenali umum dan kehilangannya diketahui ramai.

 

Ren Zhiqiang Hilang selepas gelar Presiden China 'badut'

 

“Pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini perlu memberi alasan kukuh secepat mungkin,” katanya.

Panggilan yang dibuat pihak Reuters juga gagal dijawab.

Polis Beijing tidak memberikan maklum balas untuk sebarang komen melalui telefon atau faks pada hari Ahad.

Sebelum ini, Ren menulis esei yang dikongsi dengan beberapa individu dikenalinya mengkritik ucapan Xi pada 23 Februari lalu.

Namun, esei berkenaan kemudiannya dikongsi dalam talian oleh orang lain.

Dalam esei berkenaan, tanpa menyebut nama Xi, Ren berkata, selepas meneliti ucapan yang dibuat, dia ‘bukan melihat seorang pembesar berdiri mempamerkan pakaian barunya, sebaliknya menyaksikan seorang badut bogel yang bersungguh-sungguh mahu kekal sebagai pembesar’.

Ren juga mendedahkan krisis tadbir urus dalam parti selain mengkritik kebebasan bersuara dan media dalam melaporkan wabak Covid-19 sehingga menyebabkan ia lambat diatasi.

 



[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025