Home BeritaTempatanPKPB: Tunggu Pengumuman Dulu…

PKPB: Tunggu Pengumuman Dulu…

by NoKomen
471 views
PKPB: Tunggu pengumuman dulu

[ad_1]

“Tak sambung kita umum, sambung pun kita umum, jadi tunggulah pengumuman dibuat nanti.” Demikian penjelasan ringkas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung atau sebaliknya pada 9 Jun ini.

Ismail Sabri berkata, perkara itu belum diputuskan kerajaan sama ada perlu disambung atau sebaliknya.

“Setakat hari ini (semalam), kita belum tahu (buat keputusan) lagi kerana belum ada perbincangan khusus untuk sambung (PKPB) atau tidak,” katanya pada sidang media harian, semalam.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan pelaksanaan PKPB bagi menggantikan PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini.

PKPB yang sebelum ini dilaksanakan dari 4 Mei hingga 12 Mei membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, ianya dilanjutkan selama empat minggu sehingga 9 Jun ini.

[ad_2]

Sumber


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

You may also like

Leave a Comment

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
MSL 2025