fbpx
Home Sukan Safawi ‘Angkat’ Porsche Merah?

Safawi ‘Angkat’ Porsche Merah?

by NoKomen
138 views
Safawi 'angkat' Porsche merah?

 

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah.

Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikutnya di Instagram, namun lebih mencuri tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.

Selain ucapan sambutan Aidilfitri Safawi juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara.

“SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) #kitajagakita #semogaistiqomah,” kata pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu.

Gambar berkenaan mendapat tanda suka sebanyak 91,604 kali sejak pukul 8 pagi tadi.

Turut mencuri tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x