fbpx
Home Sukan Sevilla Juara Liga Europa: Kejayaan Buat Reyes, Puerta

Sevilla Juara Liga Europa: Kejayaan Buat Reyes, Puerta

by NoKomen
82 views
Sevilla Juara Liga Europa

Dalam keadaan penuh emosi, Julen Lopetegui mendedikasikan kejayaan Sevilla menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Inter Milan awal pagi tadi kepada dua legenda kelab itu, Antonio Reyes dan Antonio Puerta.

Sevilla berdepan detik mendebarkan di Cologne, di mana skuad Nervionenses itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas Diego Carlos memberikan sepakan penalti buat lawan yang kemudian disudahkan Romelu Lukaku.

Gol berganda Luuk de Jong meletakkan Sevilla di depan tetapi Diego Godin kembali menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat hasil sepakan percuma yang juga berpunca daripada Diego Carlos.

Bagaimanapun, pertahanan Sevilla itu menjadi wira pasukannya pada 16 minit terakhir apabila percubaan akrobatiknya terkena Lukaku dan menerjah jaring lawan untuk skuad kendalian Lopetegui itu menjulang trofi Liga Europa buat kali keenam.

Kali terakhir Sevilla memenangi gelaran itu adalah pada 2016, di mana Reyes bertindak sebagai kapten.

Bekas bintang Arsenal, Real Madrid dan Sepanyol itu terkorban dalam satu nahas jalan raya tiga tahun kemudian.

Walaupun pada ketika itu dia tidak bersama kelab itu lagi, ia merupakan satu insiden yang memberi kesan buat Sevilla, satu kelab yang masih segar dengan kematian Puerta —  penjaring gol yang membawa pasukan itu ke final Piala UEFA pertama pada 2006 dan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung dalam satu perlawanan LaLiga.

Lopetegui mendedikasikan kejuaraan itu buat Reyes dan Puerta dengan berkata: “Saya amat gembira.

“Bagi saya, ia adalah kegembiraan yang tiada tara.

“Saya mahu berterima kasih kepada peminat tetapi mereka boleh meraikannya kerana kemenangan ini untuk mereka dan juga buat Reyes dan Puerta.

“Saya amat gembira, terutama buat pemain. Semua orang membantu, sama ada mereka bermain atau tidak, dalam senario yang amat kompleks.

“Mereka amat hebat berdasarkan usaha dan apa yang mereka pamerkan.

“Mereka amat bertuah untuk melakukannya ke atas pasukan yang amat hebat, dan memberikan lawan tiga penalti daripada tiga perlawanan pertama.

“Ia menunjukkan bahawa pasukan ini tidak pernah mengaku kalah dan kami perlu menjadikannya satu amalan,” katanya.

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x